Kenapa Perlu Berniaga Walaupun Sudah Bekerja??

  • Saturday, October 14, 2017
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Ada orang kata “kenapa perlu berniaga kalau sudah bekerja?”. Kalau yang mulut laser “kenapa nak berniaga lagi? Gaji tak cukup ke?”.

Paling pahit bila kenalan yang kelihatan sedikit alim mula bagi tazkirah “usah dikejar dunia, cukup lah rezeki yang ada”, seolah-olah kita ni mata duitan lah sangat pulaknya






Mari kita lihat jika kata-kata nasihat di atas betul-betul berasas atau sebenarnya sesuatu yang patut kita abaikan; walaupun ianya keluar daripada mulut suami atau ibubapa kita sendiri...

Mulakan Berniaga Walau Sudah Seronok Bekerja.
 

Berniaga buat kita terus mencabar minda


Sentiasa cabar diri supaya hidup lebih bererti

Mula-mula kita perlu cepat-cepat faham benda baru, kemudian kita perlu cepat-cepat sahkan apa yang kita buat tu betul ke tak, bila dah berhasil ia membantu meningkatkan keyakinan dalam diri kita

Ia juga memberi cabaran untuk memaksa kita keluar dari zon selesa..tak complacent dengan keadaan kehidupan kita sekarang

Minyak naik..tak adelah kite muat naik post kat facebook bising minyak naik😄😄

Haaa biase buatlaa tu kan?😄😄😄

Minyak naik ooooi..minyak naiik!

Sebab itu kita tengok kawan-kawan sepejabat yang berniaga berbeza dengan yang tidak. Yang dah berniaga biasanya “pick-up lebih”, cepat faham & lebih efektif berbanding dengan dengan 100% bergantung pada gaji.

Mereka juga biasanya lebih berani mencuba sesuatu yang baru.

Semua ini sebab dah terbiasa sibuk dan ambil risiko semasa berniaga.

Meh tengok lagi point seterusnye
 

Berniaga buat kita bekerja dengan sepenuh hati


Bekerjelah sepenuh hati supaya rezeki lebih diberkati

Ada yang beranggapan dah berniaga tak semestinya kita perlu berhenti kerja semata-mata nak fokus, yelah bukan senang nak kena buat dua kerja dalam satu masa!


Tapi kalau boleh buat kerja tu secara sambilan tanpa effected kerja hakiki, buat apa nak berhenti kalau boleh buat secara sambilan, tak masalah pun kan?


Tapi,“…kalau gaji pun besar sampai takde hajat nak berhenti kerja, kenapa nak buat bisnes lagi? Fokus kerja sajalah”. 

Kita berniaga sebab antaranya kita nak kerja di pejabat jadi lebih enjoy “Eh, kenapa nak kena bisnes dulu baru kerja lebih enjoy?” mesti berlambak tanda soal keluar atas kepala kau orang kan? ^_^



“Kebanyakan orang yang makan gaji takut nak buat keputusan yang bertentangan. Sama ada takut silap atau takut dibenci bos/orang lain. Akhirnya mereka jadi kaki ampu, pak turut atau YES Bos. Walaupun cadangan tersebut terbukti memudaratkan” 


Mesti kau orang terkadang macam nak bangkang, nak pangkah 5 6 kali das kat muka bos kau orang tapi tak mampu ye dak?  

Kang cakap  lebih kang "you are fired!!!"  sudah angkut barang keluar hilang kerja ^_^

Tapi bila kita berniaga, kita dah ada side income, dalam enjoy makan gaji, kita juga ada back up plan.


Tak perlu “takut dipecat/dipindahkan” bos atau sesiapa pun yang bencikan kita. Dan tak perlu mengalah dengan “Politik Pejabat” yang entah apa-apa. Yang penting, kita WAJIB amanah dalam menjalankan tanggungjawab

So dua-dua pun kita untung, sebab berada dalam keadaan tak tersepit malah kiteee enjoooy!! ^_^

Berniaga buat kita ada back-up plan awal-awal lagi


Rancanglah hidup mulai hari ini agar kita tidak menyesal di kemudian hari,

Saya nak kongsikan tentang pengajaran yang kita boleh ambil dari kejadian-kejadian yang berlaku di persekitaran kita, ibu bapa yang dipanggil Allah meninggalkan anak-anak yang masih kecil kepada ahli keluarga lain tanpa ada harta atau simpanan yang banyak

Isteri kematian suami, Suami kalau isteri mati, boleh cari lain ye dak? ^_^ kita ni kalau si isteri, hilang punca pendapatan, lepas tu tak ada saving sangat..haaa air  mata belum tentu boleh cover semua betul tak?

itu satu hal lah..kalau yang tiba-tiba company berhentikan kita, atau tiba-tiba kita hilang keupayaan..anak sakit ke, macam-macam kemungkinan lagi ?

Bukan kita nak doa mintak semua tu berlaku pada kita..macam mana sekali pun kita MEMANG KENE ADA BACK UP PLAN.

Jadi, walaupun majikan kita hebat & cerah peluang naik pangkat, usah biarkan ianya mengaburi kita daripada terus bersedia. Takdir memang Allah/Tuhan yang tentukan. Tapi kita masih boleh berusaha & bersedia dari awal, kan?

Jadi, Mulakan Berniaga Walau Sudah Seronok Bekerja.


  1. Berniaga buat kita terus mencabar minda
  2. Berniaga buat kita bekerja dengan sepenuh hati
  3. Berniaga buat kita ada back-up plan awal-awal lagi
Redha dengan takdir bukan alasan untuk kita tidak bersedia…

Moga entry Kak Rose kali ni boleh bantu kawan-kawan yang dah lama consider nak berniaga partime..nak cari Kak Rose join nak buat Shaklee pun boleh..ramai sangat suami isteri yang bekerja di luar sana tu yang mempunyai side income kukuh hanya dengan partime Shaklee..

Mereka sedang enjoy dengan kerjaya masing-masing..tapi nye kant ade isteri yang berhenti kerja bila income Shaklee lebih dari gaji hakiki

eh ter jual minyak pulak^_^..apa pun pemilihan bisnes yang kau orang pilih kaji terlebih dahulu & kalau dah suke haaa jangan tangguh-tangguh lagi..carry ooon & ENJOY!

Your Business Shaklee Mentor
Kak Rose
0197731060

You Might Also Like

0 comments