Part2# Cara Capai Impian Dengan Mudah & Tenang Sampai Boleh Buat Kau Orang Bergegar Jiwa

Okeh kita masuk ke Part2# Cara Capai Impian Dengan Mudah & Tenang Sampai Boleh Buat Kau Orang Bergegar Jiwa hari ini

Entry sebelum ni berakhir di Kenali Bisikan Syaitan kan..haa macam mana kita nak kenali bisikkan syaitan nih? 

Melemahkan jiwa untuk melangkah


Dengan memberi kita rasa takut, ragu-ragu, was-was.... risau utk membuat keputusan sebab takut salah... Takut nak buat apa-apa takut tak jadi... Takut orang kata... 


Menunggu-nunggu untuk 'masa yang sesuai' 'tunggu pandai', tunggu macam-macam kadang tak tahu benda apa yangnak ditunggukan dan sebagainya hingga kita tak buat apa-apa pun.

pernah rasa takut nak share apa-apa dengan kawan-kawan kita tentang keinginan kita sebab kita takut orang kecam? Pernah rasa risau bukan-bukan takut orang kata?

tak lain tak bukan itulah bisikan yang datang dari sudut dari musuh kita yang nak kita terus mereput, itu belum lagi bisikan syaitan yang nyata dari suntikkan jelas kawan-kawan kita sendiri..sudahnye mereput berjemaah ^_^



Membuat kita teralih fokus


Ye, ia buat kita beralih fokus, elok-elok kita ni dah plan cantik dah nak buat sesuatu.. 


tiba-tiba datang rasa "Kejap lagi lah" "Ada masa lagi ni.. lepak dulu..." "Lambat lagi nak tua, esok-esok pun boleh".. tau-tau kita sedar dah tak sempat dah.

Yang ni memang agak kronik. Ramai yang terbawa-bawa dengan bisikan syaitan nan satu ni. 

Especially yang dah buat planning cantik-cantik, siap ade jadual rutin untuk optimum kan penggunaan masa..siap complete dengan gambaran yang kita panggil vision board..tapi nye lepas tu -- lost. 


Sedar-sedar kita dah nak habis tahun... jadual tak penah follow, Vision Board pun ke laut. lepas tu kita frust & down tanpa pengakhiran

sebab tu Rasulullah suruh kita INGAT MATI. ramai orang takut nak ingat mati, sebab mereka ingat kalau ingat mati tu kita kena solat tak bangun-bangun dah, mengaji tak henti-henti sampai sudah


Esok kalau mati macam mana?


cuba kita renungkan ni

"KALAU AKU MATI KEJAP LAGI, APA YANG AKAN JADI PADA ANAK-ANAK AKU???"

Kita kene ingat mati tu bukan hanya fikir tentang seksa kubur je, tapi amanah-amanah yang masih kita tinggalkan kat dunia ni kita kene ambil kira

Orang ilmuan-ilmuan dulu jadikan INGAT MATI Sebagai motivasi untuk mereka buat kerja bersungguh-sungguh, betul-betul fokus & buat sampai jadi... 


Sebab dia orang fikir kot dia orang mati kejap-kejap lagi,dia orang TAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

Bayangkan Imam Nawawi, umur dia 40 tahun je, tapi dia tulis banyak kitab, terutama kitab Hadis Arbain. 


cuba bayangkan apa jadi kalau dia menangguh-nangguh "nanti luuu aah, banyak masa lagi nih..." sudahnya entah kita tak kenal kot habis 40.

dan kita perlu ingat jugak, MAK AYAH KITA DAH TUA, dah tak lama lagi pun usia dia orang ni..

Tapi biasalah orang kita ni sensitif sangat bab ni... bila cakap pasal mati terus ingat kita ni macam "doakan yang buruk-buruk". 


Hmmmm... kullu nafsu zaaaiqotul maut.... setiap jiwa tu akan merasai mati. mati ni semua orang akan lalui. kenapa pulak kita tak nak prepare? Nak kahwin pun kita boleh pulak prepare macam-macam walhal tak semua orang pun ditakdirkan kahwin kan?

Membataskan kemampuan diri


Manusia diciptakan fitrahnya adalah menjadi juara. Tapi dibisiknya yang kita ni tak pandai, tak cukup, tak mampu... hidup biasa-biasa saja lah..

Hidup biasa, low profile, semua tu betul. tapi biarlah kita CUKUP DENGAN APA YANG ADA, tidak mengharap kepada bantuan orang lain

Itulah maksud cukup apa yang ada.... kita self-sufficient, tak payah harap orang lain. bukannya cukup-cukup makan je.

Kalau cukup-cukup makan je, bukan kita cukup apa yang ada... tapi memang tak cukup 😭


Maksud cukup di sini, bila kita dah cukup dengan apa yang ada... tabungan ada... untuk masa depan ada... kita dah tak bergantung pada orang lain & tak kisah pasal orang lain dah


Cukup yang sampai tak susahkan orang


Tapi bila kita tak cukup, kita mulalah asyik nak tengok apa yang orang lain ada


Haa masa tulah yang mula timbul rasa dengki, jealous, etc... (dan semua ni sifat iblis ye)

Bila kita cukup dengan apa yang kita ada... kita cuma berharap pada Tuhan semata-mata,


tapi kalau tak cukup... kita mula akan  berharap pada orang..tapinya bila orang tak mahu tolong mula la cakap macam-macam pulak..haadeeh (geleng kepale)

Oleh itu kita kena doa & usaha biar CUKUP dan tak perlu bergantung pada orang kecuali pada Tuhan semata-mata


Habis sini...haa nantikan sambungan cara campai impian di PART#3 macam mana kita nak atasi rasa rendah diri punca dari bisikkan syaitan? Teruskan membaca yeh..gegarkan jiwa kita untuk capai impian kita..^_^

You Might Also Like

0 comments