Part#4 Cara Capai Impian Dengan Mudah & Tenang Sampai Boleh Buat Kau Orang Bergegar Jiwa

  • Wednesday, October 11, 2017
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Assalammualaikum wbt..selamat pagi kawan ^_^
Okeh semalam di entry part#3 cara capai impian, kita kenali ke semua tentang bisikkan syaitan yang jadi batu penghalang tembok china dalam kita nak berusaha kejar impian kita

So entry hari ni macam mana kita nak bertindak dengan bermula di tukar mindset kita.

Tukar Mindset


Untuk capai impian kita, pertama sekali kena tukar mindset.




Datang je bisikan-bisikan virus, cepat-cepat tolak ia keluar. Bayangkan ia macam hantu, tak nak, kita tak mau. lagipun memang hantu pun, setan kot yang bisik

Dan setan ni pandai tau... dia masukkan unsur-unsur agama sikit... "Buat pe la ko nak berjaya-berjaya ni... bukan boleh bawak mati pun... biarlah kita biasa-biasa je.... janji masuk syurga" tuu diaaa! 

Padahal buat amalan rohani yang kita plan nak improve buat pun tak buat-buat. syurga lah sangatkan..haa dah sedar ni rasa nak lestik je setan ni ^_^ penipu besar sangat

Janganlah kita yang bijak ni nak terpedaya lagi dengan mereka ni.

Diri kita sebaik-baik diciptakan


Kita kena ingat selalu.... kita diciptakan oleh al-Khaliq sebaik-baik ciptaan untuk BERJAYA. bayangkan kalau kita hasilkan satu karya agung... lepas tu orang kutuk karya kita..cakap buruk la... kita suka tak? 

Haa apa lagi Allah Yang Maha Sempurna, cipta kita untuk berjaya tapi kita pulak cakap AKU TAK LAYAK/MAMPU BERJAYA... agak-agaknya macamana? siapa kita berani sangat nak lawan Pencipta kita....?

Allah jadikan semua nikmat di dunia untuk manusia


Dunia ini sangat berlimpahan dengan nikmat & semua nikmat ni adalah untuk kita, MANUSIA



Perhatikan makanan kita, ikutkan cukuplah kan..cuba compare makanan kita dengan makanan kucing. kalau diminta kita makan makanan kucing, kita nak tak? atau makanan ayam ke makanan lembu ke..

Allah dah khaskan tentunya makanan manusia tu untuk manusia kan.

Allah cipta tumbuhan, binatang, mineral, minyak, emas, etc semuanya untuk kita


Allah bagi semua tu untuk kita kelola dengan baik. KITA ye, setiap individu, bukan Perdana Menteri, bukan penghulu

Quran diturun untuk SEMUA UMAT, bukan untuk ustaz. takde pun pernah jumpe satu ayat dalam Quran "Wahai para Ustaz..." takde kan?


Apa yang telah kita sumbang


Jadi tanya diri sendiri kita sendiri

- adakah aku dah tunjukkan pada Pencipta aku bahawa aku seorang juara?

- adakah aku dah menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan ini? (menghasilkan anak tak termasuk ye, semua benda pun boleh beranak)

- adakah aku dah buat sesuatu yang beri faedah besar buat umat manusia?

ATAU,,????

- adakah aku beri hasil yang biasa-biasa je atau tak pernah hasilkan apa-apa?

- adakah aku jadi beban pada orang lain?

- adakah aku hidup untuk bayar bil & mati je?

Naudzubillah jangan la masuk dalam golongan bawah tu

kalau kita tak beri yg terbaik, bagaimana pula Allah yang ciptakan kita tu nak bersikap pada kita?


Kuiz untuk diri sendiri


Cuba kau orang tulis ni & jawab sendiri..

"Wahai (tulis nama kau orang).... apa yang kau lakukan sepanjang hidupmu di dunia hingga aku boleh masukkan kau ke dalam syurga-KU?"


dan tulis jawapan-jawapan tu, buat lah list sebanyak mana pun.

Lepas tu cube baca balik apa yang kau orang tulis.. apa perasaan kau orang bila membacanya? puas hati tak?

kalau kita buat kerja biasa-biasa je, hasil pun biasa-biasa je, atau tak pernah rasa kita ni juara...

Tahu tak siapa yang kita kecewakan? agaknya siapa?

kau orang ada jawabannya kan?😊


So apa resolusi dari sharing Kak Rose selama 4 bahagian untuk capai impian ni?

Kita tak mahu dah was-was dengan diri sendiri... jangan buat Pencipta kita keceea dengan diri kita

Masyarakat kita sangat takut dengan kejayaan kan. bukan kita je sebenarnya, ia masalah global. 


Ingatlah... syurga tu mahal. dugaan nak mendapatkannya pun luar biasa. & paling basic ialah kenal siapa pencipa kita. kita kenal pencipta, kita kenal lah diri kita. tak kenal pencipta, maka kita tak kenal lah diri kita..

Sampai bila-bila pun kita ingat kita tak layak berjaya


Apa perlu buat dan bertindak SEGERA?


Oleh itu jadikanlah 3 Qul sebagai amalan rutin.. sebab kita ni memang dikelilingi oleh bisikan syaitan yang timbul tenggelam... & lebih dahsyat lagi, ia boleh jadi datang dari golongan jin dan manusia.



Kata-kata negatif dan merosakkan ni boleh datang dari dalam diri kita sendiri (orang panggil little voices)  


ye..suara kecik dalam kepala kita tu dan dari orang-orang sekeliling kita,
yang asyik dok nak pangkah aje segala niat murni mahupun tindakan-tindakan kita yang sememangnya patut kita laksanakan segera tu

Apa yang kita perlu buat ialah 

✔ Bersihkan hati & amalan, agar wadah (bekas) dalam hati kita ni dipenuhi oleh malaikat dan bisikan-bisikannya yang mendorong kita buat baik selalu.

✔ Bergaullah dengan orang-orang yang berlumba-lumba buat kebaikan, supaya kita pun terjangkit sama.

Kalau kita tak suka dengan kehidupan kita hari ni, apa perlu kita buat? 


✔ Kita sendirilah yang perlu berubah. Jangan tunggu ada orang datang heret tangan kita untuk jadikan kita insan yang lebih baik.

Mulakanlah dengan.... amalan 3 Qul ni sebelum tidur malam ni. Dan buat latihan subsconcious mind, haa yang ni boleh tengok kat link facebook Mami Lyna ni --> klik sini macam mana nak buat subsconcious mind tu... mudah-mudahan bangun esok pagi, kita bangkit dengan energy & aura yang berbeza.

Salam berjaya perolehi hidup dan kejayaan lain dalam hidup mu kawan-kawan! 😍😍😍


💛💛💛,
Kak Rose
Your Business Mentor
0197731060

You Might Also Like

0 comments