3 Cara Sangat Simple Untuk Syukur Nikmat Yang Mungkin Kita Jarang Lakukan

Dapat makan karipap RM1 - 3 biji pun dah alhamdulillah..

Esoknya nasi lemak RM0.50 (standard bungkus untuk budak sekolah) itu pun dah Alhamdulillah...

Setiap dari kita mempunyai cara bersyukur yang berbeza, pada keadaan yang berbeza2..Percaya tak kalau saya cakap..diri kita hari ini, jarang bersyukur..susah nak bersyukur. Lebih banyak mengeluh dari mensyukuri nikmat yang Allah bagi.


 Maksud syukur yang ramai orang tak tahu!


Cube tengok sekeliling kita, saya bagi contoh makan lagi..pernah tak kita sendiri, beli makanan, nampak macam sedap giler, harga pun mungkin boleh tahan..tapi tak sangka lepas rase macam hampeh.

Kite pun apa lagi, maki hamun. Kalau yang jenis panas baran., habis disumpah seranahnye..kalau yang sopan sikit mungkin..paling kuat pun..

'eee aku bayar 5hengget...gaya masak tak padan dengan harga, kompem aku tak beli dah kat dia nih' 



Pernah ke pernah? haaaa...ade kheeen macam tu..

Itu baru sentuh part rezeki makan..belum pakaian, tempat pelindungan..anak, suami isteri..bumi ni, issh baaaanyaaak sebenarnye yang kite abaikan dari bersyukur.

Lain kali bila kita terasa nak marah sebab makanan yang tak sedap..fikir sejenak..mereka yang kebuluran..

Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata:

Maksudnya:
“Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.” (Hadits riwayat Muslim)

Perasan tak, hidup kita ada je yang macam tak puas hati, ada je rasa macam kurang. Ade je yang tak kena dengan apa yang kita lalui setiap hari..kita selalu rasa tak happy..kalau happy pula, bila berseorangan kita akan rasa macam life is sooo cruel, empty..life ni macam means nothing for us..kenapa begitu??

Dalam video ni ada jawaban nya, kawan2 patut tengok..





Sekarang dah tahu kan, macam mana nak jadikan hidup kita tu benar2 hidup & kita boleh laluinye dengan penuh luar biasa walaupun kita hanya seorang yang biasa2.

1. Nikmati kehidupan


Corakkan hidup kita ni dengan saat2 menikmati segala nikmat Allah..nikmat udara segar. 

Hiruplah udara itu dengan rasakan bertapa bertuahnye kita dibangkitkan kembali dari 'mati' sementara untuk merehatkan diri kita, kini kita masih diberi peluang untuk bersama keluarga..anak2.

Kita masih diberikan peluang untuk menambah baik amalan kita, hubungan kita sesama manusia, memberi manfaat kepada orang lain & hubungan kita dengan Maha Pencipta kita. 

Saya praktikkan apa yang saya belajar dalam group bisnes saya, mungkin bermanfaat untuk kawan2 juga.

Setiap pagi, apabila sedar dari tidur..ucaplah Alhamdulillah..baca doa bangun tidur, duduk seketika & lihat diri kita, alhamdulillah..cukup anggota badan, masih sihat, masih boleh digunakan.

Alhamdulillah badan yang masih sihat boleh bergerak..ada orang bangun2 tidur kena stroke..ada yang tak bangun2..maka syukuri setiap pagi bila kita terjaga dari tidur.

Dan nikmati peluang yang Allah berikan pada kita ketika itu..tapi lepas tu manfaatlah tubuh yang sihat itu. Gunakan sebaik2nya untuk beramal & melakukan kebaikkan di bumi Allah SWT.

2. Mencara makna dalam perkerjaan yang kita lakukan

Kalau hari ni kita seorang guru..saya yakin bukan mudah  nak jadi seorang guru. Tapi  Masyaa Allah..besar pahalanya dengan Ilmu yang kita berikan pada anak2 murid dengan ikhlas.

Beruntung sebab seorang guru, kita sedang kumpul bekalan untuk 3 perkara yang kita bawa nanti  yakni ilmu yang bermanfaat. 

Yang paling mudah..seperti Puan Lyna nyatakan tadi..tangan kita yang menyediakan makanan untuk keluarga itu mempunyai sesuatu makna yang besar pada keluarga kita. 

Bukan perkejaan yang remeh temeh..maka lakukan dengan keihlasan dengan kasih sayang agar apa yang kite berikan pada keluarga kite sesuatu yang terbaik untuk mereka. Inshaa Allah.

3. Memperbanyakkan kesyukuran kita

Ye. Catatkan dalam jurnal kesyukuran. Saya sediakan satu buku jurnal kesyukuran untuk mencatatkan apa yang saya syukuri..normally perkara yang besar2 yang yang tak terduga..tapi kita masih boleh mencatatkan apa sahaja jenis kesyukuran yang kita mahukan.

Syukur ini juga merupakan salah satu cara terapi untuk memulihkan semangat kita yakni Terapi Syukur.

Orang yang boleh merawat semangatnya akan cepat pulih. Down 2 minit, kemudian kembali bersemangat lebih tinggi. Nak rawat semangat kita tak perlu jumpa doktor, boleh buat sendiri. di mana-mana pun kita boleh buat terapi untuk memulihkan semangat.

Haaa ni bukan sebotol air minuman yang dibaca 30 juzuk, bukan... bukan juga batu2 permata beraura, bukan....

Hanya dengan menulis di kertas,

Tuliskan 10 perkara yang disyukuri setiap hari 10 je, tak banyak pun..contohnya:

1. Saya bersyukur bila saya bangun pagi, saya bangun di katil saya, dalam rumah saya, bersama keluarga saya.

2. Saya bersyukur saya boleh bangun dan bernafas seperti biasa.
dan seterusnya.

3.  Baca helaian ni selepas selesai solat, selepas berdoa, masih di atas tikar sejadah.

4. Bila rasa emosi diganggu perasaan negatif, contohnya takut, ragu2, tak yakin, bacalah helaian ni. Kenapa syukur?

 Itu antara contoh2nye..tulis kan lagi apa yang kawan2 mahu syukuri..

Allah menyayangi hamba yang bersyukur. Bayangkan kalau kita bagi sesuatu kepada anak kita, dia ambil lepas tu terus keluar, apa perasaan kita? 

Apa pula perasaan kita bila anak kita ambil, jebik lepas tu bagi balik? Dan apa pula peasaan kita kalau anak kita terima dengan mata bercahaya, ucapkan terima kasih dan menyatakan dia gembira sangat dengan pemberian tu.

Mestilah kita happy kalau anak kita buat 3 tu kan? terus update kat fesbuk. Kita pun jadi suka nak bagi lagi pada dia..siap pasang niat nak bagi lagi best dari apa yang dia dapat tadi.

Begitulah juga Allah, Dia pasti tambah nikmat pada hambanya yang bersyukur.

Say YES to SYUKUR, no to COMPLAINT.

Moge perkongsian ini bermanfaat untuk semua. ^_^

You Might Also Like

0 comments