12 Kaedah Moden Perancangan Keluarga Elak Kelahiran Anak Kurang 2 Tahun

Merancang kelahiran itu sangat digalakkan selain dapat bantu ibu untuk lalui tempoh yang lama untuk pemulihan walaupun selesai berpantang, ibu juga dapat beri perhatian sepenuhnya pada anak sedia ada yang sedang membesar.

Merancang ni bukanlah maksud kita tolak rezeki, selain untuk kembalikan kesihatan ibu ia untuk memastikan kehidupan keluarga yang lebih terjamin & kita juga perlu lihat pada faktor ekonomi.

Kalau dapat anak kembar..alhamdulillah..keistimewaan buat si ibu.

Bagi pasangan yang sedang mempertimbangkan apakah kaedah yang perlu digunakan..entry kali ni mungkin akan dapat membantu suami isteri di luar sana untuk memilih kaedah terbaik bagi merancang kelahiran seterusnya.

Kaedah2 yang bakal kita tahu dari sharing saya hari ini..ada yang bersifat sementara & ada yang bersifat kekal. Terpulang pada kita untuk memilih yang bersesuaian dengan perancangan kita.

Dr Norleen Mohd Salleh, Pakar Ginaekologi & Obstetric dari DEMC menjelaskan terdapat beberapa cara seperti :




1. Intrauterine Contraceptive Device (IUCD)


Bahan utama adalah kuprum atau tembaga. Menghalang implantation  selepas pesenyawaan berlaku.

Ia juga memekatkan lendiran faraj supaya kurang mesra dengan sperma. Boleh dipakai sehingga 3-5tahun. Keberkesanannya pula, 96%-97%. Kesan lendiran faraj, haid yang lebih dari biasa, senggugut yang lebih dari biasa.


2. Implan


Rod atau batang sepanjang 4sm atau selebar 4mm disusuk dibawah lapisan kulit. Kesan penggunaan ini haid yang kurang teratur, sedikit atau tiada haid langsung.


3. Pil


Jenis kombinasi hormon estrogen atau progesterone lebih sesuai untuk yang tidak menyusu.
Jenis progesterone untuk yang masih menyusukan badan. Jenis kedua ini dimakan setiap hari selama 28hari & berterusan tanpa waktu rehat .

Menghalang pengeluaran telur. Kesan haid yang sangat teratur & singkat.


4. Suntikan Hormon (depot)


Juga menghalang pengeluaran hormon. Kesan penggunanya lebih kurang sama dengan implan.


5. Kondom


Ini kita biasa dengarlah ye..tapi penggunaan nya memang buat pasangan kurang selesa. Namun, walaupun ia mudah..peratusan kegagalan lebih tinggi. Bergantung lebih pada pihak pasangan lelaki untuk penggunaannya.


6. Diafragma 


Seolah olah kondom wanita. Tidak popular, malah makin pupus penggunaanya.


7. Spermicide


Memendekkan jangka hayat sperma. Kurang popular.


8. Gelung Hormon (Viginal Ring)


Kaedah yang agak baru, dipakai seperti Diafragma tetapi dalam bentuk gelung yang boleh dilentur ditempatkan di dalam faraj untuk selama 3 minggu diganti dengan yang baru selepas rehat seminggu.

Kesannya sama seperti pil & implan hormon.


9. Patch Kulit


Mengandungi hormon & perlu ditukar lebih kurang 2 kali seminggu. Kesan penggunaan juga seperti pil & implan.


10. Pil Kecemasan ' MOrning After Pill'


Jenis progesteron tetapi dimakan oleh pasangan wanita selepas hubungan kelamin  untuk elakkan pensenyawaan & implantasi.


11. IUS Intrauterine System


Menyerupai bentuk IUCD tetapi mengandungi rod hormon seperti implant & bukan kuprum.

Tahan sehingga 5 tahun. Sesuai untuk wanita berusia matang sebelum mencapai menopause. Kesan penggunaan mengurangkan darah haid. Mekanisme sama seperti implant.


12. Kaedah Kekal

Ini selalu bagi ibu2 yang mempunyai kelahiran yang terlau kerap - ramai & rapat.

Mengikat kedua-dua tiub Fallopio untuk wanita atau tiub vas untuk lelaki.

Walaupun kekal, masih ada risiko kegagalan di mana kehamilan masih tidak mustahil berlaku namun ini tidak kerap.

Dr Norleen menjelaskan dalam setiap kaedah pasti mempunyai risiko nye sendiri. Apa yang perlu kita lakukan ialah mendapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk merancang kehamilan.


You Might Also Like

0 comments