8 Perkara Tentang Ruam Lampin Yang Wajib Ibu Tahu Rahsia Pencegahan Awal
- Sunday, July 05, 2015
- By Rose MH
- 2 Comments
Bagi yang baru menjadi ibu..pasti banyak persoalan yang bermain difikiran apabila bayi kita terkena ruam. Begitu juga ibu2 yang pertama kali melalui masalah ruam pada bayi. Entry saya semalam saya telah saya kongsikan cara semulajadi merawat ruam lampin jadikan kulit bayi halus lembut tanpa tinggalkan kesan parut
Mungkin anak2 sebelum ni tak ada masalah ruam..tiba anak no 2 no 3 ..kenapa pula boleh kena ruam ni kan?
Ruam boleh berpunca dari banyak faktor tapi sharing kali ni kita nak khususkan kepada ruam lampin sahaja sebab ia sangat biasa berlaku dikalangan bayi kita.
1. GEJALA YANG BOLEH DI LIHAT
Ruam lampin berlaku apabila terjadinya tanda2 kemerah-merahan. Biasanya ia berlaku sekitar bahagian kemaluan, punggung, kelangkang & peha.
Bayi akan menangis apabila berasa tidak selesa, rasa sakit & gatal.
2. APA YANG MENYEBABKAN BAYI MENGALAMI RUAM LAMPIN
Ruam lampin terjadi kerana lampin yang mengandungi air kencing dipakai terlalu lama & terlalu ketat. Manakala, najis bayi pula, dibiarkan lama tanpa dicuci. Bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci lampin turut memberikan kesan infeksi.
Ada setengah bayi, kulit nya boleh tahan..tapi dont take for granted sebab kebanyakkan kulit bayi adalah sensitif tambah2 lagi bayi bawah 6bulan..
Lagipun najis tu kan..jangan dibiarkan terlalu lama. Kena kerap check.
3. APA ITU JANGKITAN KULAT
Ruam lampin menjadi semakin teruk disebabkan oleh organisma Candida Albicans di mana ia hidup di kawasan panas & basah.
Ruam yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah. Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak berjumpa doktor kerana mungkin ia berkaitan dengan jangkitan kulat.
4. APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH BAYI TERKENA RUAM LAMPIN?
Pencegahan supaya bayi 'selamat' daripada ruam lampin bermula semasa menukarkan lampin, misalnya biarkan kulit bayi kita kering sepenuhnya sebelum memakainya.
Ibu juga digalakkan kerap menukar lampin sebaik sahaja lampin basah. Elak juga menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol.
Sebaiknya bersihkan air biasa atau air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali membuang air kecil atau besar.
Elakkan menggunakan tepung jagung yang akan mengalakkan pertumbuhan bakteria & kulat.
Juga sapu krim pelindung, setiap kali menukar lampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner & calamine.
Elakkan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap. Untuk membersihkan lampin kain, bilas dengan teliti setiap kali dicuci.
Ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan. Keadaan ini sangat gatal & bayi akan lebih banyak menggaru & merasa gelisah. Jika tidak dirawat segera ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah & mendapat jangkitan kulat atau kandida.
Kulit merah, sedikit kasar, berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang & peha. Jika dijangkiti kuman ruam lampin akan kelihatan merah terang & diselaputi ruam yang berkilat & bertompok-tompok.
Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah elakkan memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran.
Sebolehnya biarkan seketika bayi tanpa lampin dengan menutupbahagian kemaluan & punggung dengan kain yang lembut & longgar. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin, perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
Ruam terjadi disebabkan kulit bayi terlalu sensitif & cepat bertindak balas yang menyebabkan
bayi menangis akibat tidak selesa dengan keadaan kerengsaan yang berlaku. Selain ruam lampin, terdapat ruam panas & ruam susu yang dihadapi oleh bayi.
Ruam Panas
Bayi yang mengalami ruam panas akan mengalami bintik2 macam jerawat. Selalunya keadaan ini berlaku bila cuaca panas yang menyebabkan pori-pori kulit bayi tertutup. Keadaan ini akan membuat bayi kite rimas & merengek. Masa ni jugaklah kulit bayi akan mula merah.
Rawatan : Cuaca panas akan menyebabkan persekitaran panas. Jadi ibu kena pastikan bayi memakai pakaian nipis & keadaan bilik dalam suhu yang sederhana.
Kain kapas & baju jenis berlubang adalah fabrik yang terbaik untuk memberikan keselesaan kepada bayi.
Ruam Susu
Bayi juga boleh mendapat ruam susu berasa rimas & gelisah yang boleh menganggu tidurnya terutamanya waktu malam.
Ruam susu terjadi apabila kehadirab bintik2 merah dibahagian muka, leher & dada bayi.
Ia
berlaku disebabkan dikatakan ibu bapa memiliki sejarah alergi atau bayi
yang mendapat susu ibu daripada ibu yang makan telur, daging, ayam,
kacang-kacangan & makanan penyebab alergi lain.
Malah ada juga bayi mengalami alahan kepada susu yang berasaskan protein lembu iaitu susu formula.
Rawatan : Bagi ibu yang menyusukan susu ibu kepada bayi elakkan makan makanan pencetus alergi.
Anak2
saya juga pernah alami ruam susu di bahagian dagu & tepi bibir
disebabkan susu badan. Cara pencegahan yang saya lakukan selepas itu
adalah setelah selesai menyusukan,segera bersihkan bibir bayi dengan
kain bersih yang lembap.'
Elakkan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap. Untuk membersihkan lampin kain, bilas dengan teliti setiap kali dicuci.
5. BAHAYA RUAM LAMPIN
Ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan. Keadaan ini sangat gatal & bayi akan lebih banyak menggaru & merasa gelisah. Jika tidak dirawat segera ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah & mendapat jangkitan kulat atau kandida.
6. TANDA ITU ADALAH RUAM LAMPIN
Kulit merah, sedikit kasar, berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang & peha. Jika dijangkiti kuman ruam lampin akan kelihatan merah terang & diselaputi ruam yang berkilat & bertompok-tompok.
7. BAGAIMANA CARA RAWATAN RUAM LAMPIN PADA BAYI
Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah elakkan memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran.
Sebolehnya biarkan seketika bayi tanpa lampin dengan menutupbahagian kemaluan & punggung dengan kain yang lembut & longgar. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin, perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
8. MESTI TAHU JENIS RUAM
Ruam terjadi disebabkan kulit bayi terlalu sensitif & cepat bertindak balas yang menyebabkan
bayi menangis akibat tidak selesa dengan keadaan kerengsaan yang berlaku. Selain ruam lampin, terdapat ruam panas & ruam susu yang dihadapi oleh bayi.
Ruam Panas
Bayi yang mengalami ruam panas akan mengalami bintik2 macam jerawat. Selalunya keadaan ini berlaku bila cuaca panas yang menyebabkan pori-pori kulit bayi tertutup. Keadaan ini akan membuat bayi kite rimas & merengek. Masa ni jugaklah kulit bayi akan mula merah.
Rawatan : Cuaca panas akan menyebabkan persekitaran panas. Jadi ibu kena pastikan bayi memakai pakaian nipis & keadaan bilik dalam suhu yang sederhana.
Kain kapas & baju jenis berlubang adalah fabrik yang terbaik untuk memberikan keselesaan kepada bayi.
Ruam Susu
MOga perkongsian ini dapat berikan persediaan awal bagi ibu2 yang baru melahirkan & ibu2 yang baru sahaja mengalami masalah ini.
Selamat menjayakan rawatan semulajadi di rumah melalui pencegahan awal.
Anak sihat & gembira, ibu pun pasti ceria ^_^
2 comments
terima kasih dengan info ini. ^_^
ReplyDelete
ReplyDeleteKita harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana sekiranya susu tersebut mendatangkan alahan kulit, ia boleh menyebabkan ruam lampin menjadi serius, lambat baik atau kerap berulang. Sebaik-baiknya, kita amalkan penyusuan susu badan bagi bayi yang berisiko tinggi.