8 Cara Turun Berat Badan 20Kg Selepas Bersalin Dengan Pelan 3 Hari Sure Jadi Punya!
- Friday, July 03, 2015
- By Rose MH
- 0 Comments
Tubuh kita telah melalui perubahan sejak disahkan hamil tidak lama dulu. Selepas melahirkan bayi, ibu akan menyusukan bayi dengan susu ibu.
Namun bagi ibu2 yang kurang bernasib baik, mungkin masih ada lebihan lemak yang kelihatan yang sebolehnye kita nak singkirkan daripada pandangan umum kan.
Sudah tentu ibu2 nak tampil lebih menawan bukan terutama untuk suami. Jadi sudah tiba masanya untuk ibu mula melakukan rutin pejagaan makanan dengan lebih teliti dengan syarat ibu2 haruslah lakukannya secara berterusan agar dapat mengembalikan semula keyakinan diri.
Dengan ikuti pelan makanan 3 hari oleh Amanda Ursell, pakar pemakanan terkenal United Kingdom ini ibu bakal mendidik diri untuk makan secara sihat & seimbang.
Ingatan Sebelum Bermula
Apa sahaja perubahan yang ingin ibu lakukan dalam hidup pasti menimbulkan rasa janggal makanya endahkan sahaja hal itu. Yakinlah dengan apa yang ibu sedang usahakan.
Dalam masa beberapa hari kemudiannya ibu pasti akan biasa dengan perubahan yang dilakukan. Apa yang penting ibu kita perlu kawal minda & tubuh untuk menerima pendekatan cara pemakanan baru yang cuba ibu2 terapkan sepanjang tempoh berdiet.
Jadikan 3 hari mendatang ini sebagai permulaan yang menggembirakan & bakal menjadikan ibu sebagai individu yang sihat di masa akan datang.
Pelan 3 hari ini nampak macam ketat tapi sebenarnye tak laa berapa crush sangat. Ibu2 perlu selitkan pengambil supper/snek sihat di antara waktu makan utama terutama bagi ibu menyusu & ibu2 harus ikuti 8 peraturan di bawah ini juga.
Sebelum kite ke peraturan emas itu..meh kije jengah dulu 4 cara Puan Salwa Salleh boleh turun 2okg selepas bersalin. Apakah 4 cara tersebut??? Tonton jgn tak tonton..
8 Peraturan Emas Bantu Turunkan Berat Badan Dengan Cepat & Pantas
Amalkan peraturan2 ini setiap kali waktu makan. Ibu pasti puas hati apabila nampak hasil selepas mengamalkannya. Antara peraturan ini boleh digunakan ketika mempraktikkan pelan 3 hari atau selepas itu juga.
1. MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Semakin perlahan kita mengunyah makanan, semakin mudah kita berasa kenyang. Jadi amalkan segera & rasai sendiri keberkesanannya.
2. RANCANG MENU PEMAKANAN SEHARIAN
Dengan cara ini, ia membantu ibu mengawal jumlah & jenis makanan yang mahu diambil. Oleh yang demikian, ibu dapat menolak sebarang perlawaan orang lain yang mungkin menyajikan makanan yang tidak sepatutnya ibu makan.
3. MAKAN SECARA KERAP
Hal ini bererti ibu perlu makan secara teratur di setiap waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hatri & malam sambil diselangi dengan pengambilan snek pada waktu2 di antara waktu makan utama. Namun, setiap kali makan, ambil makanan dalam amaun yang sedikit.
Dengan cara ini, ibu dapat mengalakkan metabolisme & membakar lemaak dengan cepat.
4. PILIH MAKANAN GLISEMIK RENDAH
Makanan2 glisemik rendah membuatkan kita berasa cepat kenyang untuk tempoh jangka masa yang lama. Semasa bersarapan, ambil muesli yang bebas gula, bubur nasi atau roti mil penuh bersama dengan mentega kacang.
5. TETAP AMBIL KABOHIDRAT
Untuk makan tengah hari, pastikan ibu mengambil makanan utama yang berasaskan roti pita, roti mil penuh, tortila & beras perang.
6. TAMBAH PROTEIN
Sewaktu makan tengah hari & makan malam, pastikan ibu mengambil hidangan protein yang tidak berlemak seperti ikan, ayam, & daging.
Ambil juga susu skim, keju rendah lemak, tauhu atau kacang panggang.
7. BANYAKKAN SAYUR-SAYURAN
Jangan lupa untuk menambah lebih banyak hidangan sayur-sayuran ke dalam hidangan makanan. Ibu boleh makan apa2 juga jenis sayur-sayuran yang ibu suka.
Ia boleh dimakan sama ada yang dimasak secara kukus, tumis atau panggang. Pastikanibu makan dua hingga tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari.
8. MINUM AIR SECUKUPNYA
Lebihkan minum air kosong bagi memastikan tubuh sentiasa kekal hidrat. Bagi ibu menyusu 3liter air is a must, ikut keperluan badan ye.
Namun, air lain seperti jus buah-buahan segar, susu, kopi, mahupun teh masih membekalkan air kepada tubuh. Akan tetapi adalah lebih baik ibu melebihkan pengambilan air kosong bagi memenuhi keperluan cecair.
Take Note
Pengambilan pelan 3 hari ini perlulah melalui konsultasi. Boleh dapatkan konsultasi panduan lengkap mengikut cara hidup seharian ibu2 melalui saya.
Jika ibu2 mahu melakukan sendiri..mohon nasihat doktor atau pakar pemakanan terlebih dulu untuk pengambilan yang lebih telus.
Selamat kembali ramping seperti anak dara semula..^_^
Sebarang pertanyaan hubungi saya melalui Whatsapp 0197731060
0 comments