12 Petua Best Giler Untuk Surirumah, Menyesal Kalau Tak Guna

Jadi seorang surirumah ni kene banyak pengetahuannye dalam melaksanakan tugas harian.
Bagi memudahkan kerja & menjimatkan masa.

Mungkin beberapa petua yang saya kongsikan harini bakal membantu surirumah semua.

Ada juga diselit2kan petua penjimatan elektrik, masakan & sbginya.
Dengan izin empunya diri Puan Nieza Nor Hamnira, saya kongsikan kembali di sini dengan menambah lagi beberapa petua yang saya perolehi dari abe google.


 
Berpandukan pada gambar.

1. Cairkan Mentega Beku Dengan Cepat

Memang kebiasaan kita simpan mentega dalam peti kan..bila nak guna letak dekat luar..alahai lambatnyelaa kan..
So untuk cepatkan proses ianya sampai ke tahap suhu bilik, parutkan ia ^_^

2. Tips Di Dapur - Cara Hilangkan kutu2 pada Bijan.

Bagi yang ada sedia-simpan bijan dalam balang kat rumah, kalau nak buat kuih, tolong jemur dulu bijan tu ye. 

Sebab, ada kutu-kutu (sangat) kecil yang kita tak nampak dengan mata kasar. Bila dah jemur sekejap, kutu-kutu kecil tu akan keluar dan lari sendiri.
So, in shaa Allah dah boleh guna bijan lepas tu untuk buat kuih.. Selamat mencuba.

3. Tips tidur dengan nyaman

Guna blanket. Bukan comforter. Kita ni kan kat Malaysia. Bagi yang ada aircond tu, jangan adjust temperature sampai 16-18C.
Buat apa tidur mengokol sejuk bungkus dengan comforter sampai badan hampir beku? Baik adjust suhu 25-27C dan gunakan hanya blanket. 

Dapatkan tidur yang nyaman, suhu sedang2 agar tidur kita selesa bukan menyiksa diri macam tidur dalam winter ala kat oversea.
Kan kita yang boleh adjust suhu ikut kehendak kita, adjust lah berpatut-patutan. Just be wise.

Saya sendiri memang akan gunakan 24-25c shj..kalau hujan pula..kami akan gunakan kipas. Guna secara bijak ^_^

4. Tips Mudah Homemade Inti Nenas

Bercinta kan nak buat inti tart nenas sendiri? Kalau beli, yang ada kat pasaran tu manis sangat, pastu kejung pulak, rasa pun tak berapa.

Tapi, bila buat, malas betul nak kacau, nak tunggu sampai kering. Di sini alternativenye Kredit kepada Chef Hanieliza. 

Ini dia inti tart nenas versi separa segera. Cepat dan mudah. Resepi simple dia. Bagi lagi senang & mudah. 

JEM NENAS VERSI SEGERA

Bahan

2 biji nenas [muda]
1 kg jem nenas segera
Sedikit kayu manis
Sedikit bunga cengkih
Cara Membuat
1. Nenas dikupaskan kulit dan buangkan mata hitam.
2. Parut nenas, tapis air, perah hingga agak kering.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali tidak lekat [non-stik wok]
4. Masak sambil sentiasa kacau dengan senduk kayu panjang
5. Bila agak pekat [bukan kental] tutup api dan sejukkan.
6. Simpan dalam bekas.

Tips : Ambil sedikit butter masa nak bulat2kan tu. Inti nenas pun jadi sedap dan lembut untuk dibentukkan..Selamat mencuba!



5. Petua Didikan Air Dengan Cepat

Petua nak cepatkan air mendidih bila ada tetamu datang rumah. Jerangkan air, masukkan beberapa sudu gula ikut kadar air yang ingin kita gunakan.
Air yang bercampur gula akan lebih cepat mendidih berbanding air biasa.

6. Tips Goreng Biasa Sesedap Luar Biasa

Ikan goreng biasa-biasa je pun sodap! Apa rahsianya? Tiada rahsia, cuma sedikit teknik simple. 

Lumurkan sedikit air perahan limau nipis <sebelum serbuk kunyit> pada ikan sebelum dimasak. 
Lepas tu baru goreng. Ia bukan sahaja boleh hilangkan hanyir ikan malah buat warna ikan yang digoreng lebih ensem dan juga rasa yang lebih ummpppph!
Lagi satu tips, masa panaskan minyak tu, campakkan (dengan kasih sayang) hirisan bawang merah dalam minyak tu. 

Lepas tu, gorenglah ikan tu. Jangan leka ber-fb pulak, kang petua / teknik cam-nak-rak jadi takde maknanya, ikan jadi rentung sudaaah.

7. Tips Maksimakan Penggunaan Ruang Kukus

Kawan2 suka kukus mengukus..tips ni pasti berguna.
Kukus. Jangan tak kukus. Alaskan kukusan paling atas dengan benda yg macam piring lubang2 tu untuk tindih lagi dengan beberapa bekas kek yg boleh muat.
Satu kukus bulat 55cm saya boleh dapat 10 bekas 1kg kek kukus buah sekali kukus.

8. Tips Rasa Scrambled egg sama macam di hotel

Scrambled egg ni febret saya..almost every morning..kalau nak cepat memang saya buat ni je..makan dengan roti.
Macam mana nak bagi rasenye sama macam kat hotel? Jawapan sang chef yang arif dalam bukunya (Chef Norzailina) cam ni : 

Nak lebih lemak, campur krim segar / krim putar. Kalau takde, susu cair pun boleh. Guna butter, bukan minyak atau marjerin. Api sederhana.
Sentiasa kacau. Angkat sebelum telur masak sepenuhnya, barulah ia kekal lembut. Dapat? Jom scrambled egg ala hotel jom. 

9. Cili kering mesin tahan lebih lama

Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar bercendawan dengan cepat, kisarkan cili anda dengan sedikit minyak masak. 

Kemudian, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya. Sejukkan. Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.

10. Memudahkan mengopek kerang

Apabila merebus kerang, masukkan sedikit minyak masak ke dalam rebusan tersebut. Ia akan lebih mudah dikopek.

11. Hilangkan rasa pijar terkena cili

Kalau rasa pijar bila memegang cili, anda boleh boleh menghilangkan rasa pijar tersebut dengan mengambil satu sudu gula. 

Campurkan dengan air suam dan kacau sampai gula cair. Rendam tangan anda ke dalam air tersebut sehingga rasa pijar tersebut hilang. Selamat mencuba.

12. Daun kari tahan lebih lama

Jika suka membuat kari, pastikan daun kari itu anda basuh dan biarkan kering, kemudian leraikan daun kari dari tangkainya dan masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk.

InsyaAllah ia akan tahan lebih lama dan masih ada baunya.

Semoga bermanfaat untuk surirumah semua.

You Might Also Like

0 comments