Saiz Perut Ibu Hamil Penentu Proses Bersalin Mudah. Benarkah?

'Kecik je perut awak kan..ni mudah bersalin ni'

'Kak tom, cube tengok ibu preggy tu..besarnye perut dia, mesti susah nak bersalin tu..baby besar kan?'

Ada sesetengah tanggapan saiz perut ibu hamil yang kecil, tanda ibu itui mudah bersalin. Benarkah ibu yang mempunyai saiz perut yang besar akan sukar bersalin?

Entry kali ni saya nak share mitos tentang isu ini & penjelasan mengenainya..

*********************************************************************************

Ibu hamil ini tak serik-serik mengandung walaupun pernah warded kerana ANEMIA..ape yang mempengaruhi ibu ini untuk tak kisah nak mengandung lagi..ikuti perkongsiannya di video ini..

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

*********************************************************************************

Bagi kehamilan pertama, perut kita akan kelihatan 'kemas'. Akan tetapi semakin ramai jumlah anak yang kita kandungkan, otot di bahagian perut jadi lebih longgar & perut mula melebar.

Comel jee saiz perut ibu2 preggy ni ^_^

Ibu2 perlu tahu yang saiz perut ibu juga bergantung kepada kedudukan bayi di dalam rahim & kuantiti air ketuban yang ada. Tak kiralah besar atau kecil saiz perut kita, yang penting ibu & bayi dakan keadaan sihat & selamat.


Info : Dianggarkkan 10 hingga 15% hasil ujian imbangan gagal mengagak saiz bayi dengan betul

BERAT IBU KURANG, BAYI JADI KECIL


Pada awal kehamilan doktor akan memeriksa Indeks Jisim Tubuh yakni BMI ibu. BMI berat badan normal adalah di antara 19-25.

Sekirenye berat badan ibu dikesan kurang & sepanjang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang mencukupi,ia berkemungkinan besar memberikan kesan kepada saiz bayi. 

Bayi kita mungkin mengalamai masalah berat badan juga. Bayi kita juga berpotensi untuk lahir pra-matang.

Jadi, adalah penting untuk ibu amalkan pemakanan yang sihat & seimbang.

BERAT BERLEBIHAN UNDANG KOMPLIKASI


Jika ibu hamil dengna BMI lebih daripada 30, Ibu bakal berhadapan dengan pelbagai komplikasi antaranye tekanan darah tinggi, diabetes, & praeklampsia.

Walaubagaimanapun ibu2 tidak dibenarkan untuk mengamalkan diet dengan mengehadkan pengambilan makanan. 

Ibu boleh mengurangkan pengambilan lemak & gula bagi membantu kawal berat badan sebaik mungkin sekaligus kurangkan risiko komplikasi untuk tempoh jangka pendek atau pun panjang kepada bayi dalam kandungan.


BAYI BESAR LAHIR SUSAH?


Saiz bayi tidak mempengaruhi kelancaran proses bersalin. Keadaan sukar yang ibu bakal alami bergantung kepada kedudukan bayi & tahap ibu mengawal sepanjang tempoh kesakitan kontraksi berlansung.

Apa pun saiz bayi kite, yang paling penting..ibu2 perlukan sokongn kuat, bertenang dan seboleh-bolehnya berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin selagi mampu berbuat demikian.


BAYI KECIL MUDAH LAHIR?


Ada yang anggapan bayi yang bersaiz kecil lebih mudah untuk dilahirkan. Tiada kajian yang dapat membuktikan tanggapan ini. Hakikatnya, kebanyakkan bayi bersaiz kecil boleh mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan proses kelahiran berbanding bayi yang bersaiz besar.

BAYI KECIL KURANG SIHAT?


Perlu ibu tahu, terdapat perbezaan antara bayi yang bersaiz kecil kerana tidak berkemampuan membesar dengan baik ketika di dalam rahim jika dibandingkan dengan bayi  yang sememangnye mempunyai  genetik saiz kecil. 

Oleh sebab itu, sepanjang kehamilan saiz rahim ibu dipantau oleh doktor setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan.

Jika bayi kecil tetapi sesuai dengan ibu yang mengandungkannya, maka perkembangan kehamilan akan berjalan seperti biasa.

Akan tetapi jika perkembangan bayi terbatas & tidak menunjukkan perubahan , maka ibu akan dirujuk kepada doktor yang lebih pajar bagi membolehkan pemantauan yang lebih rapi dilakukan.

MORNING SICKNESS TERUK BAYI JADI KECIL?


Bayi perolehi keperluan khasiat pemakanannya daripada ibu. Bukan bayi yang perlu dikhuatiri jika ibu mengalami morning sickness yang teruk, sebaliknya diri ibu itu sendiri!

Biasanye masalah muntah akan menjadi lebih baik sekitar minggu ke-12. Alahan yang dialami menjadi lebih teruk jika ibu tidak makan dalam tempoh tertentu.

Cuba ibu makan dalam amaun yang sedikit tapi kerap & jangan lupa untuk minum air dalam jumlah yang mencukupi.

Apabila loya yang dialami sangat teruk, ibu mungkin perlu ditahan di hospital untuk membolehkan cecair intravena dimasukkan ke tubuh bagi menghalang masalah penghidratan.

Jangan bimbang ia tidak memberikan kesan kepada bayi kerana hanya morning sickness yang benar2 kritikal mampu memberi kesan kepada perkembangan bayi.


SEJARAH BAYI BESAR DALAM KELUARGA ADA HUBUNG KAIT?


Tak kira sama ada bayi besar atau kecil, ia ada hubung kaitnya dengan faktor genetik. Sebagai contoh, jika ibu mempunyai berat badan berlebihan, maka bayi pun berkemungkinan bersaiz yang sama. 

Sama juga halnya jika ibu tidak makan secara sihat, maka ia boleh memberi kesan kepada bayi & menjadikan bayi bersaiz kecil.

Pemakanan & gaya hidup ibu memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi. Jika sejarah keluarga ada yang mengidap diabetes, doktor akan meminta ibu menjalani ujian toleransi gula kerana dikhuatiri bayi boleh bersaiz besar jika ibu pun menghidap diabetes ketika hamil.


PERUT BESAR BERI BEBAN?

 
Secara teori, peningkatan berat badan boleh meningkatkan risiko haemorrhoid atau varicose vein. Ia menyebabkan bahagian kaki merasa tidak selesa. Walau sebesar mana pun saiz perut ibu, ia tidak akan mendatangkan masalah sekirenya ibu menjaga kesihatan diri & sentiasa melakukan senaman secara berkala.

Alhamdulillah..sekarang dah terbongkar sudah ye..ukuran saiz bukanlah penentu mudah atau tidak bayi kita nak keluar jumpe kite nanti..

Moge perkongsian ini dapat memberi kelegaan & pengetahuan pade ibu2 preggy semue..

Saya doa akan ibu2 semue melalui tempoh kehamilan yang mudah & sihat sentiasa. Inshaa Allah. ^_^













You Might Also Like

0 comments