Cara Merawat Darah Tinggi Tanpa Perlu Kerap Berjumpa Doktor & Telan Ubat Banyak-Banyak
- Wednesday, March 11, 2015
- By Rose MH
- 0 Comments
Mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi bukanlah suatu yang mudah dilalui bagi seorang pengidapnya. Kita perlu pantang makan, tak boleh stress, macam komplikasi pula akan berlaku sekirenye tekanan darah tinggi meningkat serta merta.
Saudara Fahmy Shuhaimi, di antara rakyat Malaysia yang mempunyai masalah obesiti, tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol yang tinggi..sampai satu tahap beliau pernah dua kali terbaring kerana terlalu sakit kepala & tak mampu untuk bangun.
Ikuti perkongsiannye di Video ini,
Kalau kita pun dalam keadaan seperti mana Saudara kita En Fahmy, pasti kita akan merasakan perasaan yang sama..kalau kita tak ada macam mana..bukan untuk menakutkan..tapi ini hakikatnye, memang ajal itu ketentuan Dia..
Tapi kita mampu untuk memilih tanpa terus membinasakan diri kan..kalau kita tak pilih untuk ubah cara hidup kita sekarang ia bakal bagi pengakhiran buat kita.
Lakukan perubahan itu hari ini..mari kite tengok serba sedikit info berkenaan dengan Darah Tinggi.
Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hypertension yang merupakan “silent killer” tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang.
Keadaan ini jika tidak dirawat segera, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
- Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
- 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu.
- Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh kita. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
Mari kita pergi ke langkah2 untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ini tanpa mengunakan ubat banyak-banyak, inshaa Allah lepas ni tak perlu kerap berjumpa doktor.
0 comments