Kenali Punca Dan Penyakit Dari Kedudukan Jerawat

  • Thursday, January 23, 2014
  • By Rose MH
  • 1 Comments

Apakah punca sebenar kehadiran Mr/Mrs pimple di wajah kita?? Jerawat yang banyak memang boleh mengurangkan keyakinan & boleh buat kita jadi stress dengannya.

 Parut-parut jerawat yang ada pun tak hilang lagi dah datang yang baru...runsing mengenangkannya..kan bagus kalau kita boleh cegah terus..oh pening kepala memikirkan..mari kita tengok dulu apa penyebab yang mudah sangat kulit kita ni berjerawat & susah nak hilang. 

Kita boleh atasinya sekiranya kita tahu punca timbulnya jerawat-jerawat ni..& hati-hati ye..setiap kedudukannye juga tanda pada masalah kesihatan tertentu. 




Faktor-faktor yang menyebabkan jerawat:

1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. 

Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. 

Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. 

Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

 3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita takpernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal shingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. 

Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. 

Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. 

Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. 

Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. 

Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.


KEDUDUKAN JERAWAT


Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.

Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu. 

Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada di luaran sekarang datangnya dr dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran.

Take Note! : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

***********************************************************************************

Saudari ini berjaya merawat masalah jerawatnya selepas 7 Tahun Merana kini muka jadi cerah, halus, gebu & bebas parut, apa dia buat?


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

************************************************************************************

Sekiranya kita tahu punca jerawat kita, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi. 

Tapi masih ada cara untuk kita mencegah daripada mengubatinya, Hanya faktor perubahan hormon seperti period je yang kita tak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi boleh di atasi dengan SET SKIN CARE SHAKLEE. Klik link utk ketahui lanjut kebaikan mengenai set kecantikan Shaklee.

Set ini ada pilihan mengikut badget cik/puan/en, dari asas & yang full set..yang asas terdiri dari Vitamin C (tahan 6bulan), B complex(tahan 4bulan) & Vitamin E(tahan 2bulan)..& full set pula dengan penambahan ESP (tahan 1bulan lebih). 

Untuk keterangan lanjut & mengenai Set Kecantikan Shaklee, hubungi saya di FB Rosemawatie @ msg 0197731060.

Nikmati perkhidmatan yang di tawarkan dari Vitamin Organik:
_/ Panduan pengambilan vitamin yang betul
_/ Konsultasi berterusan
_/ Konsultasi priority by special request
_/ Harga istimewa
_/ Setiap pmbelian menerima sesuatu yg istimewa
_/ penghantaran percuma


Jom tengok UNBOXING PRODUK BARU SHAKLEE 2018 --> YOUTH SKIN CARE SHAKLEE
YOUTH® Advanced Anti-Aging Regimen: A decade of aging erased

You Might Also Like

1 comments

  1. Mksh gan..Artikel yang sangat bermanfaat bagi pembaca. Untuk melengkapi artikel diatas silahkan anda membaca tentang cara cara menghilangkan jerawat kecil kecil yang mungkin bisa menambah pengetahuan dan saling berbagi informasi seputar jerawat.

    ReplyDelete