Tips Banyakkan Susu Badan

  • Saturday, January 04, 2014
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh dalam penyusuan adalah kegagalan si ibu yang tidak menuntut ilmu penyusuan susu ibu sepanjang tempoh kehamilan. Ibu perlu tahu & sentiase sedar bahawa penyusuan susu ibu bukanlah proses semulajadi yang mudah dikendalikan. Ia menuntut ibu untuk terus-menerus belajar & mempraktikkan amalan-amalan yang diyakini dapat merangsangkan, menambah & meningkatkan penghasilan susu ibu agar dapat memenuhi keperluan si manja yang baru dilahirkan.

Penyusuan bayi pada awal kelahiran yakni dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran adalah sangat penting. Ketahuilah susu awal @ turut dikenali sebagai kolostrum berupa cecair putih agak jernih merupakan susu yang sangat berkhasiat & penting untuk antibodi si manja terutama untuk mengelakkan dari pada penyakit jaundis (kuning) yang sering berlaku pada bayi yang baru dilahirkan.

Tips Banyakkan Susu Badan  

1. Kerapkan Sesi Penyusuan
Ia penting untuk penghasilan susu ibu yang berterusan. Membantu merangsang tubuh menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi. Banyak @tidak susu ibu itu dipengaruhi oleh keperluan bayi.

2. Kerap Mengosongkan Payudara
Apabila kerap mengosongkan payudara sama ada dengan menyusukan atau mengepam, ini membantu ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu badan.

3. Amalkan Petua Pemakanan
Ibu digalakkan untuk mengamalkan pemakanan untuk membantu tubuh menghasilkan susu seperti mengambil makanan @ minuman yang diyakini ramai. Lebih baik amalkannye sejak hamil lagi.
Peringatan : Makanan & minuman ini bukanlah menjadi pendorong utama susu banyak. Kekerapan ibu mengosongkan payudara itu adalah kunci utama.

4. Jangan Stress & Cukup Rehat.
Emosi sangat mempengaruhi production susu ibu. Jika ibu stress, susu tidak dapat dihasilkan dengan baik. Bertenang dalam setiap keadaan & yakin ibu pasti dapat hasilkan susu yang cukup untuk si manja. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang push ibu untuk bagi susu formula bila mengetahui susu ibu kurang. Ibu perlu relax, cool down & yakin ibu boleh hasilkan susu yang banyak.

5. Breastfeed / pump susu every 2 or 3 hrs
Every 2 or 3 hrs kene breastfeed or pump susu. Mulakan mengepam ketika pantang lagi. Kalau ibu tidak pernah mengepam semasa berpantang sebelum ni tak mengapalah, mulakannya sekarang. Kalau  ibu bekerja, teruskan mengepam setiap 3jam sekali waktu pejabat @ kalau sibuk sangat pastikan pam at least 2x 1 hari. Sesi pam 3x di pejabat adalah yang terbaik.

Sebenarnye susu ni based on stimulus. Ibu kene rajin stimulate the need of the breast milk. Susu akan terhasil based on demand. Bila ibu rajin pump or breastfeed, lagi banyak susu akan terhasil. 

6. Pengambilan air yang cukup
Ibu menyusu perlu minum 3liter air 1 hari juga untuk membantu dalam penghasilan susu yang banyak. Badan kita kene mengandungi liquid yang cukup. Masa lepas bersalin kite akan mengeluarkan darah nifas yang banyak, jadi pengambilan air yang cukup amat membantu. Walaupun orang tua2 cakap masa pantang tak boleh minum air banyak2 tak elok untuk tubuh, tapi sebaliknye sememangnye tubuh kita perlukan air yang banyak untuk menghasilkan susu. Jangan risau minum air lebih, 75% badan kita ni air, jadi kalau kurang macam mana kita nak support untuk penyusuan untuk anak kita kan.

7. Pengambilan supplement
Antara supplement yang saya sendiri amalkan & kini menjadi permintaan tinggi ibu2 di Malaysia kini adalah Set Penyusuan Shaklee. Ia membantu untuk kekal sihat & fir disamping menbantu pengeluaran susu badan yang lebih optimum.

8. Doa
Bagi ibu yang beragama islam, berdoalah pada Allah supaya tambahkan rezeki untuk perbanyakkan susu kita buat si manja. Amalkan surah AL-waqiah & zikir Fatimah setiap hari. Pada siapa lagi kita nak minta pertolongan untuk memudahkan perjalanan penyusuan kita kalau bukan Dia. =)

PERINGATAN TERAKHIR
Tidak guna jika ibu2 makan @ minum pelbagai jenis bahan yang dikatakan dapat menjadi penggalak penghasilan susu ibu, berurut, mengambil suplemen tambahan & sebagainya tapi tidak menyusukan bayi dengan kerap & tidak kerap mengosongkan payudara. Klik sini untuk ketahui lanjut KONSEP PENYUSUAN SEBENAR.

 Sekirenye ibu-ibu ada pertanyaan & memerlukan konsultasi untuk pengambilan makanan tambahan, boleh hubungi saya di FB Rosmawatie @ terus msg saya 0197731060.

Moge dengan perkongsian kali ni akan memberi manfaat & dapat membantu  perjalanan penyusuan ibu-ibu semua.



You Might Also Like

0 comments