Ciri Usahawan Dalam Diri Yang Perlu Ada

Awal-awal nak tekankan dengan kawan-kawan semua, adalah :-

Pertama sekali KEMAHUAN..kalau Kak Rose tak mahu tak jadi ye dak..tak mahu tak jalan laa bisnes kan..eehee

Kedua MINAT..minat dalam.apa yang kita buat. Lagi bagus bila ada PASSIONATE bersama..

Selain pada tu Kak Rose SANGGUP BERUBAH...maksudnye buat perkara diluar rutin Kak Rose..buat perkara-perkara untuk memajukan diri Kak Rose

SANGGUP BERKORBAN & TIADA ALASAN..

Ye..bekorban waktu pada benda-benda laghaa..Tak beralasan pada perkara yang menjadi halangan

Contohlaa..takde internet tak boleh buat sales lah..nak seribu daya kan..pergilah computer centre sana..

Memang kita nak dapatkan sepenuh komitmen kite perlu PAKSA DIRI

Kau orang perlu tahu yang perniagaan bukanlah satu cabang kerjaya yang mudah. Ini bukanlah kerja makan gaji tapi kerja untuk memberi gaji kepada orang lain. Kita menggalas dua amanah dan tanggungjawab secara serentak. Dunia bisnes penuh dengan risiko, penuh tekanan dan dugaan. Kita dapat lihat banyak perniagaan baru gulung tikar dalam masa beberapa bulan.

Bukan mudah nak jadi usahawan. Kena cabar diri sendiri, kena uji idea sendiri, kawal situasi terutamanya ketika krisis. Tiada jalan mudah bagi seorang usahawan. Tetapi itulah kepuasan seorang usahawan yang tidak semua orang ada. Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada seorang usahawan.
#Tidak Rasa Teruja

Kadang-kadang kita suka kerja kita sebab gaji atau skop kerja. Kadang-kadang kita tidak suka dengan pekerjaan kita kerana sebab yang sama. Tetapi seseorang yang sesuai jadi usahawan sebenarnya sama ada suka atau tidak dengan pekerjaan mereka, yang pasti mereka tidak rasa teruja ketika melakukan sebarang pekerjaan yang berkonsepkan makan gaji.

Orang yang sepatutnya menjadi usahawan tahu ada sesuatu yang menarik dan mengujakan di luar sana, luar dari kitaran hidup pukul 9-6.
#Penat Memikirkan Impian

Setiap orang ada impiannya masing-masing. Orang yang tidak berimpian besar selalunya akan suka untuk bekerja dalam pejabat, mendapat kenaikan pangkat, memimpin kumpulan kecil dan mengikut peraturan sendiri. Hanya dengan memasang impian sudah dapat memuaskan hati mereka dengan harapan suatu hari nanti mereka akan mencapainya.

Untuk seorang yang ada bakat usahawan, memasang impian sahaja tidak cukup. Mereka tidak senang duduk selagi apa yang diimpikan tidak terlaksana depan mata. Mereka tidak sabar untuk berhenti dan memulakan perancangan bisnes mereka.

#Bantu Orang Seramai Yang Boleh

Perbezaan orang yang sesuai makan gaji dengan usahawan adalah mereka rasa bertanggungjawab untuk bantu orang lain. Mereka ini gemar bagi peluang kepada orang lain, peluang dalam kehidupan. Antara tanggungjawab yang mereka suka galas adalah mencipta pekerjaan untuk orang lain.

Orang bisnes suka untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, mengukuhkan ekonomi dan prihatin kepada kebajikan orang lain. Tetapi tanggungjawab untuk membantu orang lain adalah berat, jika kita tidak sanggup menggalas beban kejayaan dan kegagalan orang lain yang bekerja di bawah kita, maka kita lebih sesuai untuk makan gaji berbanding memberi gaji.

#Ada Sokongan Dan Perancangan Alternatif

Seorang usahawan harus mempunyai sokongan dan ‘back up plan’ yang kuat sebelum membuka bisnes. Kerana usahawan adalah definisi lain bagi seorang yang berdikari, selalu bersendirian, suka mencari masalah, kerap bertukar fikiran. Tetapi seorang usahawan tidak boleh berjaya sendirian, mereka perlukan orang lain untuk membantu dan menyokong mereka.

Baik pekerja, ahli keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Susah nak berjaya kalau menanggung beban sendirian. Jadi, seorang usahawan harus ada sokongan daripada orang sekeliling dan sentiasa ada perancangan alternatif jika perancangan asal gagal.

#Idea Bernas

Nak jadi usahawan tidak semestinya ada produk, ada pelanggan. Mereka yang ada ciri-ciri usahawan selalunya ada idea hebat. Perlu ada inisiatif untuk merancang dan melaksana perkara-perkara baru. Sebagai usahawan kita akan selalu berdepan dengan masalah jadi kita kena selalu selesaikan semua masalah ini dengan cara yang kreatif.

Orang yang ada bakat dalam bisnes ini adalah seorang perancang yang baik. Mereka akan tahu bila dan bagaimana untuk bertindak mengikut situasi semasa. Orang yang sesuai jadi usahawan adalah orang yang tahu mencari jalan keluar di saat menemui jalan buntu. Mereka tidak takut jatuh ke lurah kegagalan dan bangun sekali lagi dan merangkak ke puncak kejayaan.

“Achieving your dreams can’t be done from a place of comfort” -Anonymous







You Might Also Like

0 comments