Pengalaman Pertama Kali Menggunakan Alternative Jalan 'Short Cut' Semasa Bercuti/Balik Kampung

A Quiet And Frightening Path


Waaah..agak scary bunyi😁

Pertama kali kami ambil keputusan untuk ikut jalan yang tak pernah kami guna untuk balik ke rumah dari kampung kali ini. 

Short cut, Jimat tapi agak menakutkan😳

Takut sebab kau guna jalan situ tengah malam buta dan sangatlah sikit kenderaan yang menggunakan laluan yang sama.


Keputusan Short Cut Last Minit


Raya tahun ni turn kampung suami, yang sedihnya lagi, cuti sangat pendek, kami ni kalau balik kampung mana cukup seminggu je, nak bahagi-bahagi belah sana belah sini, 

Dari Mersing ke Keratong then stay satu malam. Raya kedua.
Raya ketiga, tengah harinya kami ke Jengka, singgah. Rumah atok.
Pekene nasi ayam rempah Mokchik dengan sup daging darat Mak Dak..pergh dua-dua sedap baqhang..😀

Eh tadi nak cerita scary road kan...part makan pulak keluaq😄

Bergerak balik ke Perak kami guna jalan Jerantut - Kuala Lipis - Cameron Highland - Simpang Pulai - Tanjung Rambutan

Pukul 2243 tengok jam masa nak gerak dari rumah atok..ini confirm memang tidur tepi jalan kejap ni.


Dari Jengka ke Ipoh.

Peergh sepanjang jalan paling risau takut-takut tu masa sebelum dan selepas Lipis dan masa nak mendaki Cameron.

Kau orang bayangkan jalan yang bengkang bengkok lepas tu kejap lagi mendaki bukit yang tinggi ke atas lepas tu nak turun tu sayuuuup je pula bukitnya ke bawah dari tempat tinggi

Dengan kiri kanan kejap gelap kejap lama sikit baru ada lampu jalan itu pun macam sikit-sikit je lampunya.


Bayang Di Jalanan


Aku ni dah lewat pagi, tak silap masa lepas tidur kat Petronas tu ada laa dalam kul2pagi lebih macam tu. Dah tentulaa tidur tak berapa nak cukup even suami aku pun.

Kejap-kejap aku ni terjaga laa bila dia memberek atau mengelak atau masa membelok diselekoh tajam.

Then soalan aku tak ada yang lain lah..dalam keadaan terjaga & terkejut 'abang eh nape bang?'

Tak reti pulak nak explain macam mana mase tu..dengan jantung berderau serta merta..
uiiish..mulanya ada beberapa kali aku terjaga dia cakap 'saya rasa macam ada bende lalu' Sebab tulah  yang break kejap-kejap mengejut tu

aku ni konon offer laa kalau tak boleh drive dah aku mintak tukar. Balas dia 'Nak berhenti kat mana kita dalam kampung orang & memang tak ada stesen minyak pun kat sini, awak nak saya berhenti tepi jalan gelap-gelap? Berani?' 

Haa tudia. aku jawab 'tak nak tak nak' dah tak boleh nak berhentikan aku pun dari segar beberapa minit jadi ngantok balik kahkahkahkah

Time nak mendaki dah tak boleh tidur dah. Masa confius dengan jalan nak exit. Laki aku ni tak nak pulak change driver dah tiba area pekan nih. Sudahnya sampai Brinchang baru tukar driver.

Oooi dari situ aku kene drive dengan encik suami dah mula lena tidur. Hallamaaak...kau orang yang pernah lalu situ tahulaa kan keadaan jalan nak turun ke simpang pulai tu.

Uiiish mulut tak habis-habis baca ayat qursi & berzikir.

Masa tu ada laa dalam kul 4pagi lebih rasa. Sepanjang jalan pulak silau kat daun memang memancing berderau kat jantung aku ni..kita ingat sesuatulaa kan tapi aku ni pulak makin ternampak makin terus nak telek. 

Nak telek lama memang taklaa..dia jadi macam kita nak pandang tau..kau orang paham tak apa maksud aku?

Uuuuiiiii..tegak bulu roma rasa, sampai je area simpang pulai aku dah mula mengantok balik. Masa tu dah nak dekat subuh laa.

So berhenti kat stesen minyak yang pertama kami jumpa kat situ. Tukar driver..aku masa ni rasa dah lege gileerrrh dah.

Sebab dah masuk pekan laa kan. Sampai rumah, kul6lebih macam tu. Perrrgh perjalanan balik kampung kali ni memang aku takkan lupalah.

Dah sohih memang takkan guna dah jalan tu time memalam buta gelap gelemat yaaa amaat tuh.

Kau orang janganlah sesekali buat macam ni tau! Ini kami ni sebab TERPAKSA REDAH. Bukan suka-suka nak redah. 

Haa gitulah ceritanya. 


Moral Of Story


Bila kau orang rasa macam ikut short cut tu boleh jimat masa tapi risiko tinggi. Kau belek dulu keberanian kau orang, check kereta betul-betul, supaya tak berlaku apa-apa diperjalanan nanti.

Make sure kau orang tidur cukup. So that tak ada lah nampak daun ingat hantu..nampak benda lalu padahal mata dah kuyu tak cukup rehat & tidur.

Make sure sebelum gerak..checklah semua.
If option kau orang masih boleh guna jalan yang biasa kau orang guna. Better guna jelah jangan degil..eheheee..aku nausihaaat je. 

Kau orang nak redah. Terpulang. hihi

Terimakasih kerana sudi baca sampi habis..😁



You Might Also Like

0 comments