Cara Atasi Batuk Berpanjangan Dengan Berkesan & Cegah Ia Berulang

  • Wednesday, August 01, 2018
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Sehari je kita kene batuk, dah rasa terganggu sangat-sangat kan.
Bagaimana pula kalau berhari-hari sampai berminggu masih tak baik?

Dah pergi jumpa doktor, dah makan ubat ikut jadual yang disarankan, tapi batuk masih tak sembuh.




Hilang sekejap datang balik.
Tekak pun makin merah, dan hampir tak boleh nak bersuara.

Apa sebab batuk tak baik-baik lagi nih?

Penyebab Batuk Masih Tak Sembuh



1. Jangkitan Virus Flu Menyebabkan Batuk Berterusan


Salah satu penyebab batuk berterusan ni paling umum adalah jangkitan virus flu. 


Walaupun kita dah sembuh dari batuk, batuk tak akan jugak hilang sepenuhnya untuk beberapa minggu disebabkan peredaran udara di tempat tinggal kita masih lagi tercemar dengan virus.

Sebab itu penting sangat untuk kita menitik beratkan kebersihan tempat tinggal kita.

2. Batuk Tak Sembuh Tanda Penyakit Lain


Gastrik & Berdengkur, kedua-dua penyakit menyebabkan batuk yang lama dan lebih teruk daripada batuk biasanya. 


Di samping itu, kesakitan penyakit, pedih ulu hati, dan muntah juga boleh menyumbang.

3. Stress, Penyebab Psikologi Batuk Berpanjangan


Tekanan yang berlebihan dan beban minda kepada kemurungan ternyata mempunyai kesan ke atas tekanan pernafasan ke kerongkong.

Apabila kita batuk, kurangkan stress kita & cuba lakukan aktiviti yang boleh perbaiki mood kita.

Tidur yang cukup dan kerap juga membantu minda untuk berehat lebih banyak dan mengurangkan tekanan.

4. Kurang Minum Air


Apabila sakit, doktor sentiasa memberi nasihat kepada pesakit untuk mengambil lebih banyak air untuk menjaga badan daripada dehidrasi. Minum air, jus buah dan sup boleh membantu saluran pernafasan menjadi licin dan tekak bersih. 


Elakkan meminum alkohol dan minuman berkafein kerana ia membuat badan menjadi kering.

5. Udara terlalu kering atau lembab


Udara kering semasa musim kering menyebabkan habuk menyebar, menyebabkan batuk yang berpanjangan. 


Sebaliknya, jika udara terlalu lembap seperti semasa musim hujan, ia juga tidak baik untuk bernafas. 

Oleh itu, adalah penting untuk memberi perhatian kepada tahap kelembapan di kawasan kejiranan. Secara ideal, kelembapan udara adalah 40 hingga 50 peratus.


6. Jangkitan Bakteria


Pada masa sakit, tubuhnya lebih mudah terdedah kepada bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan sinus, bronkitis, kepada pneumonia.

Kalau kita mengalami demam atau sakit bersama batuk yang berterusan, jangkitan bakteria boleh dianggap sebagai penyebabnya. 


Dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Cara Semulajadi Yang Boleh Dilakukan adalah :-



Khasiat Semulajadi 'Pengubat' Batuk


HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan
halia dipercayai boleh membunuh sel barah.

LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. 


Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh
menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.

LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. 


Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu
menghilangkan racunracun di dalam tubuh.

MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.

BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.



Supplement Berkesan


Kita tahu kekurangan vitamin yang tertentu dalam badan boleh melemahkan imun badan dalam melawan virus demam, selsema juga batuk. Sistem pertahanan yang kuat pasti nya dapat melawan & menewaskan virus-virus yang menyerang.

Kawan-kawan boleh bantu tubuh untuk kuatkan imun badan dengan mengambil Omegaguard & Vitamin C, bagi radang pada tekak yang perit boleh ambil Garlic Complex untuk atasi masalah radang.







Bagaimana untuk dapatkan vitamin ini? boleh contact saya di 0197731060. (klik link untuk direct ke whatsapp chat)




You Might Also Like

0 comments