My Pregnancy Journey First-Born Child Part 1 : Khairol Asyraaf Bazli

Kisah ni dah 7tahun 9 bulan berlalu...hampir tak boleh recall saat-saat, kali pertama pengalaman macam mana perasaan dapat tahu tubuh ini bakal mengendong si kecil yang nanti-nantikan setelah 5 bulan diijabkabulkan.

Saat Pertama Ia Positif


Memang pada bulan tu rasa tak sedap badan..belum muntah belum ada rasa macam tanda-tanda pregnant. Just rasa tak sedap badan sahaja & mula sedar yang period lambat.

Minta suami belikan UPT..segala perasaan tak sabar datang, ye ke kali ni pregnant sebab sebelum ni pun ade jugak check bile rase period tu lambat beberapa hari tapi kecewa.

Siap sedia awal pagi esknye..air kencing pertama, memang waktu yang sesuai untuk kite check urin kite.

Allahuakbar..kelihatan samar-samar garis kedua..dalam hati yakin memang yang dinanti-nanti telah hadir.

Encik  suami mase tu tengah tunggu kat luar bilik air..tak sabar-sabar nak tahu result..bile kite laung je dari dalam bilik air tu - positif..cepat-cepat die terjah pintu yang tak berkunci nak tengok sendiri UPT tu..tak putus-putus Alhamdulillah kat mulutnye bile tengok line yang terlihat

Kegembiraan yang tak tergambar.



Trimester Pertama Yang Lemah


Dah tahu je pregnant, suddently lalui fasa yang sangat berat bagi tubuh yang pertama kali melalui proses kehamilan.

Morning sicknes yang sangat heavy..toilet tandas tempat muka mengadap hampir setiap hari membuang makanan yang tak mahu diterima badan.


Minyak cap kapak peneman untuk dilumurkan kat kepala dek sakit kepala yang bagi diri ni sangat luar biasa sakitnye di tambah dengan mual yang kejap-kejap datang..

Selera makan hilang..berat badan turun..setiap hari lemah & rimas juga..rimas dengan mereka yang tidak memahami apa itu Anemia..& suke membanding-bandingkan diri mereka dengan diri kite. 

'Akak dulu pregnant tak mcm kamu..cergas ke sana ke sini'


Ada pula yang suruh 'lawan lemah tu..nanti anak pun jadi macam ko jugak melepek je..tak aktif'


Tak daya nak cakap apa pun mampu senyum jelah, silap sendiri jugak tak prepare mase dengan ilmu untuk sediakan diri ni dengan nutrient yang sepatutnya dan persediaan lain


Rasa nyesalnye tak banyak membaca buat persediaan fizikal & mental..


Apa pun pengalaman guru kita paling terbaik ye tak?


Ok sambung balik..



HB Low & Water Drip


Kandungan masuk 5bulan tapi result darah masih lagi tak naik-naik..9 & 10 maintain je..muka ni jangan cakaplah makin kerap ke klinik & nurse pun asal muka ni dia bebel..asal dia bebel muka nilah ..ermmh hadapkan jelah.

Tapi paham tanggungjawab dia orang kan untuk pastikan condition ibu dalam keadaan baik..kalau Kak Rose jadi die pun Kak Rose membebel,,hihi


Dek kerana lemah sangat & mengigil..sampai satu tahap ada sekali tu, sesak nafas..so doktor suruh masuk air, cume tak warded je..

kira oklahkan...Alhamdulillah..kalau orang lain ada yang mungkin berbotol-botol sampai kene warded pun ye..syukur sangat keadaan masa tu taklaah serius..cume perasaan risau pertama kali tu bimbang dia tu lain macam..




Orang posing kite pun nak jugak..ngeee ^_^

Preparation Sambut Si Manja


Masa ni tengok tu nak beli tengok ni nak  beli hahaha..rambang mata segala.

Bulan-bulan seterusnya mula banyak kumpul pelbagai info dari blog tentang baby, dari dia tengah dalam perut sampai laa baca part persiapan segala..

Masa tu tempat rujukkan Kak Rose yang paling utama adalah website Baby Centre
Ada jugak Pa&Ma, eh kalau nak ikutkan tempat rujukkan tu banyaklaah..memang rajin jugaklaa memalam buta hadap lappy cari info.  


Kau orang yang tengah preggy ni, rerajinlah ye cari info & buat rujukkan dengan mereka yang lebih arif

Inilah Khairol Asyraaf Bazli

Persediaan yang dimaksudkan ni, bukan sekadar part baby stuff je tau, persediaan dari segi emosi kita. tips-tips masa nak bersalin nanti..contoh tentang contruction, perihal tanda-tanda nak bersalin, dan apa sahaja tips ketika hamil sampailaaa semasa tempoh berpantang.

Haa semua tu by right gain lah ilmu sebanyak yang boleh, so that kita well prepare untuk menghadapai sebarang kemungkinan dan jugak tak adalah kita nak semborono je ikut cakap orang 

Bila kita tahu serba banyak keadaan kita dalam apa pun situasi tu nanti, tak adalah panic sangat dan kita tahu nak buat macam mana. 

Eh terbebel pulak hahaha okeh sambung balik.

Engaged Lari


Kisah bermula selepas check up minggu  ke 36 tu kata nurse baby dah engaged tapi tak ada lagilah tanda-tanda nak bersalin..macam awal lagi walaupun ada orang ade je yang bersalin time tu..nurse just nasihat get ready je..

Tapi masuk nak dekat 38weeks...nurse yang check aku sebelum ni started to wondering kenapa baby lari dari pintu nak keluar macam sebelum ni..ini adalah akibat dari satu perkara yang Kak Rose tak dapat mention kat sini. 

So nurse just rekod aku post date & beberapa reason lain, dan suruh aku tunggu hari je lagi,..tunggu bukaan.

Aku start pada tu dah mula runsing..suami aku apatah lagi nye,,hihihiii

Tanda Yang Mencemaskan & Penempatan Baru


Suatu pagi tiba-tiba terasa air meleleh kat peha..eh takkanlaa dah nak bersalin ni, so suami bawak aku check up kat Hospital Muadzam, unfortunately kami yang tak ada pengalaman sangat ni, (anak pertama kot) pasal the way benda yang sepatutnya kami tahu dengan baik tapi kami tak dapat info tu..it was like terpinga-pingalah 

Doktor check jalan dah ada 2cm tapi dia suruh KakRose balik..eh doktor ni biar betul. Balik dulu katenya..lambat lagi ni. Aku cuba dapatkan penjelasan, tapi penerangan yang sangat tak memuaskan.

So, lepas explain kat suami, suami tak puas hati, di buat nya aku dah nak bersalin sangat dah kang tak pasal-pasal kang..tak sempat ke sana balik..So on the way nak balik rumah aku, suami aku fikir punya fikir, kita pergi Segamat jelah terus!

Rujuk sana.

Apa jadi pada aku selepas tu..haaa tunggu ye, sama ada aku bersalin normal ke Cesarean, kita sambung ke My pregnancy journey part two..hihih

Tunggggguuuuuuu!!😃 


You Might Also Like

0 comments