3 Tips Elak Pedih Ulu Hati Di Hari Raya




Pengalaman Pedih Ulu Hati 


Dulu saya ni kerap kene pedih ulu hati, memang tak selesa dada ni rasa..macam tersekat, lepas tu alahai susah jugak nak settle kan..masa tu pulak saya jenis susah nak minum air masak sangat..so masa kene memang bercinta sungguhlaa nak boleh ke habiskan air tu.


Punca Pedih Ulu Hati



Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.

Biasanya gejala ini terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar.

Faktor Lain


1. Kalau hari raya ni, tak ada lainlaa antaranya mesti sebab makan dalam kuantiti yang banyak.

2. Satu lagi raya ni banyak makanan pedas, macam rendang, mungkin laksa yang dibuat pedas atau apa sahajalah makanan yang pedas-pedas & berempah, ia memang boleh melemahkan otot injap ensofagus kita

3. Kafein pun dipersalahkan juga😃

4. Nama pun kejap lagi pulak nak pi beraya kat rumah sahabat yang lain pulak ni, so kesuntukkan masa dengan terpaksa habiskan makanan, maka terpaksa mengunyah dengan laju.

5. Melakukan aktiviti fizikal atau berbaring sejurus selepas makan. Balik raya je tak sempat apa, mengantuk sangat terus terlelap lepas  makan dari berbiji rumah😂

6. Diet rendah serat. Yelah raya kot mana ada makanan yang sihat-sihat sangat.

7. Mengalami tekanan dan kemurungan. antara penyumbang kepada masalah pedih ulu hati.

8. Berlebihan berat badan. Masalah yang kerap berlaku pada mereka yang memiliki berat berlebihan.

9. Ketidakselesaan pada pakaian kita. Pakai sesuatu yang ketat

10. Merokok

11. Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline)

12.Pesakit Refluks Gastroesofagus (GERD) - hampir semua pernah merasakan pedih ulu hati, tetapi sekiranya anda kerap mengalami masalah ini lebih dari 2 kali seminggu, anda mungkin mengalami penyakit yg dinamakan Refluks Gastroesofagus. Penyakit ini terjadi apabila sfinkter di bahagian bawah esofagus menghalang asid daripada perut naik ke esofagus gagal berfungsi dengan baik. Akibatnya, asid daripada perut naik dan masuk ke dalam esofagus serta merosakkan dinding esofagus.

13. Pesakit jantung - masalah jantung juga mungkin menjadi penyebab masalah pedih ulu hati. Di kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital disebabkan pedih ulu hati, 0.6% daripadanya telah dikenal pasti menghidapi sakit jantung yang boleh membawa kepada serangan jantung.

14. Mengandung - Peningkatan hormon progesteron semasa hamil menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab dan melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas. Pada hujung kehamilan, bayi yang semakin besar akan menolak usus dan perut ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.


3 Tips Elak Pedih Ulu Hati Di Hari Raya

        

1. Makan Sikit-Sikit


Macam tak boleh nak lari dah nak makan sikit pada hari raya ni. Memang akan terbanyak. Kalau yang memang boleh kawal tu alhamdulillah lah kan. Tapi kita cerita yang tak boleh ni kan. So makanlah sikit-sikit setiap pinggan tu. 

2. Remind Diri


ye. ingatkan diri kita selalu yang makan jangan berlebihan. berpada-pada

3. Suplemen bantu penghadaman


Sediakan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman.* Mencegah berlakunya pedih ulu hati
Rangkaian kesihatan kami menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semula jadi, dan melindungi daripada masalah sembelit.

Keistimewaan Shaklee


Peppermint Ginger Plus Shaklee mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut


Bagaimana untuk dapatkan Peppermint Ginger Plus Shaklee?
contact saya Rose 0197731060

You Might Also Like

0 comments