Aku Bukan Lepasan Budak Tadika

Aku ingat lagi..masa umur 6 tahun, ye memori 6 tahun tu masih jelas sangat-sangat.

Au ni dulu seorang kanak-kanak 6 tahun yang suka ke sekolah. Ewaaah skemaa betul bunyi macam budak baik kan..tapi memang baik pun. Ngeeeeee😁

 Akulah yang kerap jadi alarm untuk mak abah untuk segera siapkan KakRose ke sekolah tadika.

Memang kalau kejut mak abah tu, 'lekas laa mak lekas laa abah' time bersiap pun terkinja-kinja excited 😃

Kadang kene marah sebab tak sabar-sabar dah nak pi sekolah😆

Benda Paling Best Kat Sekolah 


Nama pun kanak-kanak kan, kalau ada kawan semua pun jadi seronok. Kalau ikut memori aku ni, semua keadaan aku suka. Sebab masa belajar aku respon baiiik punye. Cikgu suruh aku ke depan, aku ke depan. 

Ada sekali tu kene nyannyi...haa yang ni aku tak tahu nyanyi so berdiri then tersipu-sipu tangan bersilang tak pandai nyanyi..hahaha kesian pulak.

Then, perkara lain yang best..masa gosok gigi, kan masa tadika ada nurse datang sekolah tunjuk kat kita cara gosok gigi yang betul, so since nurse tu datang..memang bila tiba time gosok gigi, haa beria lah aku ni follow step nurse tu.

haaa sampai sekarang tau aku gunakan step yang sama. Haaa besar pahala makcik nurse tu..dah makcik laa kot sekarang ek ek ek ek.

Lain dari tu masa makan dan main tentulah..hihihihihi

Dulu time nak makan, masuk je bilik makan tu..semua kene beratur dan duduk bersila di depan makanan yang dah susun siap-siap.

Comel je masa tu..haa memang bukan makan kat atas meja macam anak-anak kita sekarang. Alah kebetulan je kot tak ada kemudahan lebih time tu kan..

Tapi tetap cetus memori yang tak dapat dilupakan. Bubur kacang makcik yang masak selalu tu memang sedap, antara makanan febret aku. Yang lain-lain aku tak berapa nak ingat

waktu main akulah yang suka sangat memanjat kayu balak yang di susun tegak-tegak kat tempat permainan, masa tu tak adalah playground macam sekarang, dulu buai pun yang jenis kayu untuk tempat duduknya, kalau papan gelongsor tu plak semua jenis besi.

Tak ada apa sangat kemudahan zaman tu, selebihnye main lari-lari jelah kot. hihi

Demam Campak & Cuti Panjang


Satu hari aku kene demam campak entah berapa minggu tak pergi sekolah, lepas tu lama betul nak boleh ke pergi sekolah semula. 

Sebab aku dah rasa selesa dengan hari-hari tanpa sekolah selepas dah sihat.

Haa liatlaa jadinya..so satu hari tu..bila mak abah hantar aku pi sekolah setelah sekian lama..

Aku sampai je sekolah belum masuk kelas lagi, kawan-kawan semua tanya, 'kenapa kau tak datang? Tempat kau dah ada budak baru ganti'

'Kau tak boleh sekolah lagi dah tau tak!'

Aku budak kot masa tu..tapi entah macam mana pulak kawan-kawan masa aku nampak macam orang besar pulak


Tadika Yang Aku Tinggalkan


Aku mula rasa takut dan lari keluar dari perkarangan sekolah tu..sambil menangis sakan. (Masa tu abah aku dah baliklaa lepas hantar aku)

Aku rasa macam malu sangat datang ke tempat yang macam orang tak suka kat kita tau..haa macam tulah aku rasa masa tu..

Kau orang bayangkan..disebabkan betapa malunya aku dengan kawan-kawan masa tu..aku balik ke rumah  sendiri..jalan kaki ikut kebun orang dan semak samun..

Tak nak ikut jalan besar takut orang jumpa aku kat tepi jalan.

(Nasiblaa masa tu belum ada kes culik budak..)

Dah nama pun pagi masa tu..embun kat semak & lalang tu tengah basah lagi..

Habis baju sekolah dan kasut aku yang bersih tu dek kesan aku lalu kat semak & rumput basah.😩

Air mata jangan cakaplaah teresak-esak dah sampai apa ek perkataan nak menyatakan keadaan yang macam nangis tu dah sampai terjungkit-jungkit bahu tu di buatnya.

Sampai rumah..mak aku terkejutlaa tengok. Dah macam-macam soalan keluar.

Aku tak ingat dah apa mak abah aku buat..pi sekolah ke tak..tanye cikgu ke apa ke..aku pun dah tak ingat yang tu.

Yang aku tahu..aku tak nak pergi sekolah, maybe mak ayah aku pun masa tu akur jelah dek kerana trauma aku yang nak gelak jugak bila pikir balik.😃

So alkisahnya..aku memang tak habiskan sekolah tadika aku dek peristiwa yang menyedihkan buat budak umur 6tahun ketika itu. hihi

Bersyukur sangat Dhiya Nur Amanie..anak perempuan aku nan seorang ni sekarang dah tahun ke dua kat Kemasnya. 

Tak adalah jadi macam ibu😁

Moga dapat habiskan sekolah dengan cemerlang hendaknya.

Video ni masa raya tahun lepas. Video tahun ni tak dapat nak ambil,

tidak berkesempatan..anyway thanks sangat buat kau orang yang sudi membaca kisah aku ni.

Jom nyanyi lagu raya😃

You Might Also Like

0 comments