Cara Atasi Gusi Berdarah Secara Semulajadi

Kerap sangat dah ni kene, asal gosok gigi, meludah je, berdarah..berus gigi pun terkesan dengan darah.

Apa sebenarnya punca keadaan macam ni ye?





Tentang Gusi Berdarah



Menarik sangat info yang saya dapat dari Utusan Malaysia 

Gusi berdarah ni sebenarnya boleh jadi serius tau. Ia dikaitkan dengan penyakit Periodontium.

Penyakit ini bermula dengan Gingivitis yakni Radang Gusi yang tidak menunjukkan sebarang tanda, ia menyebabkan ramai orang tidak menyedari kehadirannya.

Tapi janganlah risau..radang gusi ni boleh di rawat dan ia boleh jadi normal balik.

Haa risaulaa tu..hihihi

Mengikut kata Pakar Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Rosnah Abdul Jalil berkata, penyakit ini hanya disedari apabila radang gusi telah merebak menjadi periodontitis.

Bila dah sedar kita kena periodontitis ni, kita perlulah segera bagi perhatian serius sebab tulang penyokong gigi juga boleh musnah.

Tambah lagi, ia akan merumitkan lagi rawatan dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.

Namun, adakalanya ia tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang.


Tapi tegas Dr Rosnah, bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis.


Sesetengah individu yang sudah berusia 40 hingga 50 tahun yang juga memiliki sistem imun yang kuat, berisiko menghidap penyakit radang gusi tanpa Periodontitis.


Taapi ingat imun badan perlulah kuat ye. 


Kawan-kawan juga perlu tahu yang Periodontitis bukanlah sejenis penyakit serius, ia hanya mengakibatkan gigi goyah sehingga terpaksa dicabut dan diganti dengan gigi palsu.
Seboleh nya kita tak nak sampai gigi kita kena cabut. 
Dah cabut kalau ganti gigi palsu aaaalahaaai tak selesanya.

Punca Gusi Berdarah

1. Pembentukkan Plak & Bakteria


Sisa makanan yang lembut yang melekat pada gigi gusi akan menghasilkan bakteria punca gigi berdarah.

Kalau kita biarkan lama kelamaan ia akan jadi plak yang kuning atau hitam. Ia akan keras seperti batu dan terbentuklah karang gigi

Plak ni akan berpotensi keluarkan bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi kita jadi merah serta bengkak

2. Berus Gigi Yang Tidak Di Ganti Baru


Pemilihan berus gigi juga sangat main peranan tau. Pilihlaa pemberus gigi yang mampu membersih gigi dengan baik. Bila dah lama guna, kawan-kawan janganlaa biar sampai uzur sangat dah..ia boleh merosakkan permukaan gusi kita.

Gosok gigi terlalu cepat pun boleh menyebabkan gusi berdarah. Slow & steady laa bang. hihih

3. Cedera Di Bahagian Gusi Sehingga Menyebabkan Trauma


Bahagian gusi yang kemerahan bila diperhatikan adalah disebabkan oleh pembuluh darah. Jika pembuluh darah ni terluka, makanya kawasan pembuluh darah tu akan rosak & mennyebabkan gusi berdarah.

4. Kekurangan Vitamin C & Vitamin K


Vitamin CKekurangan pengambilan nutrient yangmengandungi vitamin C boleh mendedahkan mulut untuk dijangkiti kuman/bakteria dan menyebabkan gusi berdarah.

Vitamin K
Kekurangan vitamin K dikaitkan kerana gusi yang berdarah juga boleh disebabkan pembekuan darah yang bermasalah. Ini kerana kemampuan tubuh untuk menghentikan pendarahan tidak berjalan dengan baik. Makanya terjadilaah gusi berdarah.

5. Penyakit Scurvy


Mengidap penyakit Scurvy yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C

Gunakan Bahan Semulajadi Untuk Merawat Gugi Berdarah



Garam
Berkumur dengan air  suam + garam. Garam mengandungi sodium boleh membantu mengatasi masalah gusi berdarah.

Biji asam
Biji asam jangan dibuang. Goreng biji asam tanpa minyak dan ditumbuk. Kemudian biji yang dah jadi serbuk tu di sapu pada gusi yang berdarah. Buat setiap hari.

Daun Jambu Batu
Basuh dan bersihkan daun jambu batu. Dikunyah dan digosok pada gusi yang berdarah. 

Boleh juga di rebus daunye dicampur garam & dikumur setiap hari.

Kalau nak ikutkan banyak lagi cara dari sumber alami tapi dalam video yang saya kongsikan ni..ada cara LEBIH EFFECTIVE dan BAKAL BANTU MENCEGAH gusi dari berdarah kembali. 

Pasti tak menyesal  tonton. Bakal mengubah kesihatan gusi anda.

Sebarang pertanyaa lanjut, boleh hubungi 0197731060



You Might Also Like

2 comments

  1. sha selalu jugak gusi tiba tiba berdarah, rasanya sbb lama tak tukar berus gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sha dah ganti baru..gigi pun ok je tapi masih berdarah itu boleh dikaitkan dengan kekurangn vitamin c.

      Delete