Unplanned Holiday Di Penang

Hari Khamis baru ni mak abah atok & 2 orang adik aku dari Pahang bertandang ke rumah di Ipoh ni. Alhamdulillah, sampai jugak mereka kat rumah kami sejak 2 tahun berpindah. Uiit..lamanya baru nak boleh mak sampai hahaha

Well masing-masing sibuk dengan kerja, dan macam-macam urusan yang buatkan plan je tak jadi, makanya tak usah plan lah senang. Tibanya masa in sha Allah sampai laa tu..

Family aku ni, bukan tak pernah datang sini..cume kami ni sejak berpindah dari rumah lama yang beli sementara semata-mata nak tunggu rumah milik sendiri siap, memang sejak tu tak dia dah lama tak datang.

Alhamdulillah sampai juga

Nak bebel nye hari ni pasal unplanned holiday, yelah mak abah datang pun sambil menyelam minum air, nak pi mengurut kat rumah mak sedara aku, merangkap adik dialah.

So dia orang singgah khamis tu sampai pagi dalam pukul8 pagi macam tu. Lepas zohor baru bergerak ke Penang. Kami nya esok lepas habis solat Jumaat, terus ke sana jugak. Then bermulalah aktiviti makan aje manjang




Jumaat malam kami tidur rumah mak sedara aku, malamnya kami jamu selera kat Sg Dua CharKuey Taow, pergh memang sedap giler kau orang, encik suami yang tak makan taugeh pun boleh suka makan. Haa memang sedap sungguhlaa tu.

Then esoknya kami gerak balik sekali tapi berpecah laah mak abah nak ke kelantan tapi kami nak berjalan lagi ke bandar Penang

Rancangnya nak ke tempat cruise di Padang Kota Lama, melihatkan anak-anak excited dengan air pantai tu, si ayah pun offer 'nak main swimming pool tak?'

Oiii apa lagi budak-budak ni, seronok sangatlah. So kami yang tak plan apa-apa nak stay 1 malam lagi di hotel ber-swimming pool jenuhlaaa aku ni yang dial sana sini cari available hotel with pool

Nama pun datang time weekend, area situ dah full house & even ada pun yang di luar bajet

Kate encik suami 'kita pergi je mana-mana hotel yang ada yang kita nampak, kite masuk je tanye, mana tahu ada last minit cancellation ke' so kami pun terus bergerak ke destinasi yang mana je hotel nampak itu lah yang kami akan berhenti.

Alhamdulillah dah pusing sambil tu tangan aku ni masih survey lagi price & rooms hotel yang available, then jumpa Sri Malaysia with RM168rate with breakfast. Oklah tu.

Apa lagi segera call dulu nak tanye ada bilik lagi ke tak, alhamdulillah..bilik ada, pool pun ada...cantiiiiik!

So anak-anak pun tak bersabar dah, sampai je terus serang pool.

Alhamdulillah. unplanned holiday yang mengujakan.
Lepas tu balik dapat pulak bekalan Cake Gulai Cheese Manggo & roti hotdog sedap terlajak.
Sayang mak sedara melekat-lekat, hihihhi


Hangpa kalau pi Penang, nak makan kek gulai cheese manggo viral seberang prai ni, jangan lupa contact Ayu 0179856102 atau Alamin 0125526102.

Mak sedara aku ni memang buat kek sedap tak muak, cheese kek dia lain dari yang lain, memang makan sekali nak berkali kali..hihi 

Hangpa nak kene order in advance lah ye.

Okeh nanti aku share dengan kau orang tips nak jadikan unplanned holiday, holiday yang sangat happy!

Tungggu ye entry akan datang😊

Ini KakRose velanja vlog bebudak mandi swimming pool sesampai je hotel ^_^



You Might Also Like

0 comments