Cara Atasi Selsema Dengan Pantas & Berkesan Bantu Elak Berlarutan Berminggu-minggu

Pertama sekali kita perlu tahu tentang selsema.

Setiap orang pasti pernah selsema. Baik dewasa mahupun kanak-kanak. Selsema (Flu) memang mudah berlaku pada semua orang dan ia mudah berjangkit. 

Ini disebabkan oleh beberapa jenis virus & kebiasaannya selsema akan baik dengan sendirinya.

Gejala selsema ini kebiasaannya amatlah jarang untuk menjadi serius, maka tak perlulah kita risau sebab ia hanya akan mengambil masa beberapa hari sahaja untuk sembuh.

Selsema dikenali juga sebagai jangkitan pernafasan bahagian atas yakni Upper respiratory tract infection, disebabkan oleh virus yang boleh jejaskan hidung kita dan membawa kepada sakit tekak, sinus, tiub eustachian, trakea, ‘larynx’ dan tiub bronkus - tetapi bukan paru-paru.

Ikut statistik, ia adalah penyakit yang kerap berlaku di dunia.

Penyebab Selsema


1. Suhu sejuk tidak akan menyebabkan berlakunya selsema, yang menjadi punca adalah satu daripada lebih 200 virus.

2. Ia merebak apabila kita dijangkiti oleh udara yang mengandundi zarah virus melalui bersin, batuk, bercakap atau melalui partikel halus ketika pengidap selsema mengelap hidung.

3. Kita juga boleh dijangkiti virus oleh permukaan yang tercemar yang disentuh oleh mereka yang mengidap selsema.

4. Area yang biasa tercemar adalah seperti tombol pintu, telefon, mainan kanak-kanak dan tuala. Rhinovirus (virus yang selalunya menyebabkan selsema) boleh hidup sehingga tiga jam di permukaan yang keras dan tangan.

Walaupun selsema ini boleh sembuh dengan sendiri dalam seminggu ikut purata kajianlah ye.. tapi amatlah tak selesa jika ia berterusan berminggu-minggu atau kembali berulang selepas baru sahaja kene selsema.

Gejala Selsema



Gejala selsema adalah seperti sakit tekak, hingus dalam hidung, batuk, sakit otot, demam & sakit kepala.

Cegah selsema


Antara cara pencegahan adalah dengan :

1. Minum air suam
2. Sentiasa pastikan tangan kita bersih, sebab kita tak tahu kita dah tersentuh kat area yang dah terdedah dengan virus selsema atau tidak.
3. Makan makanan yang tinggi vitamin C atau makanan tambahan Vitamin C yakni suplemen untuk membantu dalam menguatkan imuniti badan supaya dapat menghalang dari virus merebak.
4. Memakai topeng muka
5. Melakukan senaman untuk membantu menguatkan imun badan.
6. Dapatkan tidur/rehat yang secukupnya

Gejala yang jarang berlaku ketika selsema termasuklah:


1. Sakit otot
2. Menggigil
3. Mata merah
4. Lemah badan
5. Kurang selera makan
6. Keletihan yang melampau


Sesetengah orang tidak mengalami apa-apa gejala apabila dijangkiti virus selesema, mungkin kerana sistem imun mereka bertindak balas secara berbeza terhadap virus. 

Kadang-kadang, bakteria dapat menjangkiti telinga atau sinus semasa jangkitan virus ini - ini dikenali sebagai jangkitan bakteria sekunder - dan boleh dirawat dengan antibiotik.

Jika selsema berlarutan dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Apakah solusi terbaik dalam membantu mencegah selsema secara semujadi & bagaimana ia membantu apabila selsema telah melanda? 

Ye. Dengan perkasakan imun badan supaya imun badan kita mampu tewaskan virus-virus yang menyebabkan selsema. 

Dalam video ini saya ada kongsikan bagaimana CARA PANTAS & BERKESAN UNTUK BANTERAS SELSEMA.

Jom Tonton!!



Untuk respon pantas tentang cara semulajadi atasi selsema
contact saya Rose di 0197731060 ( klik no untuk direct ke whatsapp personal saya)

You Might Also Like

0 comments