Cara Mengatasi Rambut Gugur Elak Rambut Cepat Botak

Saya paham kebimbangan kawan-kawan semua dengan masalah rambut gugur. Siapa pun yang nak berterusan lalui keadaan rambut gugurkan?

Bayangkan kalau dah makin nampak rambut di sesetengah bahagian kepala tu makin nipis dan jarang..ada jugak yang dah mula nampak hampir botak..Allahu..kaum wanita mungkin boleh tutup lagi dengan tudung bagi yang berhijablah..

Kalau yang memang free hair, malunya boleh tahan kan, mesti nak sorok-sorok jugak..kaum lelaki pun tak terlepas dari keadaan yang sama.


Kenapa Rambut Boleh Gugur?


Antara jenis masalah rambut gugur berpunca dari :

👉 Faktor usia yang semakin meningkat.
Kebanyakkan folikel rambut akan tumbuh lebih pendek & sedikit.

👉 Masalah genetik. Ini keturunanlah ye. Ibu bapa yang alami masalah botak & keguguran rambut.

Ia berlaku pada bahagian depan rambut dan tengah kepala, ia boleh berlaku pada lelaki yang berusia 20an dan wanita yang umur makin meningkat di usia 40an, akan  mengalami keguguran di bahagian tengah kepala.

👉 Masalah autoimun.
sel imun badan menyerang dengan sendiri pada sel folikel menyebabkan ianya rosak dan menjejaskan penghasilan rambut baru. 

Kawasan botak akan berlaku secara bertompok-tompok dan tidak sekata. Pesakit kebiasaannya mengalami tekanan dan kemurungan. Akan tetapi 90% pesakit akan kembali ke rambut yang asal selepas beberapa tahun.

👉 Trichotillomania: Selalunya dijumpai pada kanak-kanak yang mengalami masalah psikososial yang menyebabkan dia selalu menarik-narik rambutnya sehingga menjadi botak.

👉 Kecederaan yang meninggalkan parut pada bahagian tersebut. boleh jadi pelbagai sebab yang boleh meninggalkan parut. Perkara ini akan menyebabkan sel folikel dibahagian kepala mati dan tidak mampu menghasilkan rambut lagi

👉 Hormon yang tidak stabil

👉 Ubat seperti kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, ubat tekanan darah tinggi dan juga ubat perancang keluarga boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara


👉 Produk kosmetik: Penggunaan shampoo yang selalu, warna rambut, melunturkan warna rambuh akan menyebabkan rambut menjadi rapuh dan senang gugur. 


Selalunya masalah keguguran rambut yang berpunca daripada sebab ini tidak menyebabkan masalah botak. Masalah keguguran rambut tersebut akan sembuh apabila mereka mengelakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti tersebut

👉 
Beberapa jenis penyakit: Antara penyakit yang menyebabkan keguguran rambut seperti hipotiroid, systemic lupus erythematosus, kencing manis, kurang zat besi. Selalunya apabila penyakit-penyakit ini dirawat, masalah keguguran rambut akan menjadi sembuh seperti sedia kala

👉 Diet: Pengambilan diet yang rendah protein boleh menyebabkan protein di dalam badan berkurangan dan folikel tidak mampu menghasilkan rambut. Ini kerana keratin di dalam rambut itu berasal daripada protein.

Jadi bagaimana cara untuk atasi masalah keguguran rambut ini?

Mari tonton video ini untuk dapatkan jawaban dan cara yang betul & sangat diperlukan oleh kesihatan rambut kawan-kawan 

Whatsapp saya untuk keterangan lanjut melalui penyelesaian yang saya kongsikan di video ini. http://www.wasap.my/60197731060


You Might Also Like

0 comments