6 Tips Bagi Anak Suka Makan Sayur. No 3, Jangan Sesekali Buat

Masa saya kerja serving people in hotel industry, saya melihat kebanyakkan anak-anak 'mat salleh' jenis 'pemakan sayur'. Masa tu saya bujang & memang rasa impress sangat-sangat dengan parents dia orang.

Sebab setahu saya, bukan senang nak didik anak-anak makan sayur, pahit kot kan, kita yang dewasa pun ada yang jenis tak makan sayur apa..haaa. So agak skeptikal lah kat situ kan.

Tapi bila saya dah berkahwin dan mula ada anak pertama, & apabila anak di fasa perlu makan solid food. saya agak gelabah jugak laah cari resepi sesuai untuk baby, seboleh mungkin nak bagi anak tu solid food yang berkhasiat.

Then baru tahu, betapa pentingnya usahakan anak-anak ini makan makanan yang sihat.

Bila saya teringat je pasal French dressing, ia mesti akan kembalikan saya pada memori 'anak mat salleh' yang suka makan salad tu.

Tomato bukanlah dalam kategori sayur pada awalnya, ia adalah buah, tapi selepas perdebatan toke buah tentang isu cukai keputusan jadi termasuk kategori sayur, kawan-kawan bacalah sendiri kisahnya di sini hihihihi

Eh apa pulak kaitannya french dressing dengan nak bagi anak makan sayur?😂
eh tapi kan, french dressing dengan salad memang seeedaaap weh!

Berbalik kepada tajuk, so macam mana saya berjaya buat anak-anak makan sayur?
saya kongsikan ni ikut pengalaman saya lah ye.


1. Mula dari sejak bayi


Bila 6bulan pertama usia baby saya dari anak pertama sampai anak ke empatlah, saya pelbagaikan menu puree mereka. Pada peringkat awal memperkenalkan puree ni, kene banyak cuba-cuba resepi..sebab nak kenal pasti sayur apa yang mereka suka atau tidak. 

Ia sangat membantu dari segi konsistensi kita dalam menyediakan keperluan sayur-sayuran & juga buah-buahan


2. Makan sayur bersama anak


Anak-anak memang suka turut apa yang kita buat, kita juga memang role model terbaik dalam semua perkara termasuk makan sayur..hihihi. Susah sikitlah kalau kawan-kawan tak makan sayur tapi nak anak makan sayur. Memang agak mencabalah..eheee.

Bila ajak anak-anak makan sayur, ciptakan suasana yang menyeronokkan, ia bantu anak-anak suka akan waktu makan tersebut.


3. Jangan marah anak yang tak mahu makan sayur


Ye. Fasa untuk bantu anak kenal/suka sayur-sayuran, kalau anak dah besar sikit, dah pandai memilih makanan, parents semua memang kena bersabar sikitlah dan bertahan untuk tidak menghukum anak-anak bila mereka tak mahu makan sayur, sebab keadaan ini akan menjadikan anak lebih tak suka pada sayur-sayuran yang kita sediakan. 


4. Reward anak yang dapat makan sayur


Haa ini adalah untuk bantu motivasikan mereka untuk makan sayur & mencuba sayur-sayuran baru yang lain. Bagilaa reward kat anak, jika mereka berjaya makan sayur. Reward tu biarlah yang berpadanan dengan usaha dia makan sayur ye..janganlaa makan dua helaai sayur je, dah dapat reward makan KFC😂

Halamaaak..sungguh tak padan tu hihihihi


5. Tak anak sayur langsung? Buah kan ada.



Sayuran bukan hanya sumber nutrisi saja, tetapi buah-buahan adalah makanan dari tumbuhan yang memiliki nutrisi penting seperti sayuran. Bagi anak yang sama sekali tidak suka dengan sayur, Kita boleh memberikannya buah-buahan. 

6. Kreatifkan penyediaan menu sayur-sayuran


Kalau kat Jepun & Korea memang terkenal dengan Bento kan? Kita yang tengok pun tertarik-tarik dengan bekalan yang disediakan. So ibu-ibu kene kreatiflah dalam menyediakan makanan anak-anak.


Semoga bermanfaat buat ibu-bapa semua.


You Might Also Like

0 comments