Cara Merawat Buasir Dengan Berkesan

Saya pernah tengok pesakit Buasir yang datang untuk buat check up di klinik..kebetulan masa tu saya pun tengah tunggu turn nak check up jugak.

Kesian pakcik tu...terseksa gaya nye nak berjalan pun, kita boleh pahamlaah kan keadaan dari kita tengok sendiri pun rasa tak tertanggung..apetah lagi kalau kita yang hadapinya

Nauzubillahhiminzaalik..

Apa yang saya nak kongsikan bukan sahaja cara untuk atasi, malah cara untuk mencegah supaya ia tidak berulang kembali

Cara Untuk Mencegah Buasir


1. Bila kene Batuk, cirit-birit dan sembelit segeralah rawat. Kalau biar berpanjangan boleh menyebabkan buasir

2. Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam

3. Bila nak angkat sesuatu yang berat, yang bakal melibatkan tegangan, angkat dengan kedudukan badan yang betul, bila angkat barang jangan tahan nafas, sebetulnya hembuskan nafas.

4. Amalkan tabiat pembuangan air besar yang baik. Untuk membantu najis sentiase lembut, kita perlulah makan makanan berserat tinggi.

5. Elakan ’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, pilihlaa cara menyangkung  ketika membuang air besar. Kalau kita membuang air besar secara duduk ia tidak membantu dalam melancarkan proses defekasi dan kita perlu teran lebih kuat untuk mengeluarkan semua najis kita

6. Jangan tahan untuk membuang air besar

Jika terasa ada keinginan untuk membuang air, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.

Cara Untuk Mengatasi Buasir


Bila dah mengidap buasir, langkah terbaik yang perlu di ambil adalah seperti berikut :
1. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Ia membantu dalam penghasilan najis yang lembut

2. Elakkan berdiri dan duduk terlalu lama

Ia boleh memberikan tekanan pada perut dan salur darah. Ambil masa untuk rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.

3. Jangan lengahkan untuk dapatkan rawatan.

Ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

4. Ambil suplemen yang boleh membantu untuk atasi keadaan pelbagai jenis buasir.

Saya ada kongsikan penyelesaian terbaik bagi membantu dalam mengatasi dan mencegah supaya tak berulang lagi.

Jom tonton!

You Might Also Like

0 comments