Cara Dapatkan Font Free & Cantik Melalui Phonto Application

Okey..pastinya kita semua yang berbisnes online ni mahukan advantage dari apa sahaja yang berbayar mahupun free dalam google playstore untuk bisnes tools kita

So hari ni simple je saya nak kongsikan dengan semua bagaimana nak dapatkan Font Free yang cantik untuk poster iklan kawan-kawan semua.

Dan 2 aplikasi yang menarik kalau kau orang betul-betul explore lah.

Application Phonto



Phonto ni adalah satu aplikasi yang memang saya gunakan secara rutin untuk membuat poster iklan produk Shaklee saya.

Kau orang boleh dapatkan secara percuma di Google Playstore atau App Store.

Dalam Phonto ni dah ada build-in Font tau. Memang banyak sangat-sangat tapi tak adalah yang curly punya font yang lawa-lawa tu.

Tapi kita boleh install Free dari application ni untuk dapatkan Font cantik yang kau orang suka.

Boleh tengok dalam video ni macam mana nak buat.


Kalau nak ikutkan ada banyak Font App yang menyediakan font yang lebih cantik. Tapi pada saya, Phonto lebih practical & mudah digunakan.

Cuma kau orang kena pandai collaborate kan dengan applikasi lain untuk dapatkan hasil yang ohsem!

Application Picart



Dalam banyak aplikasi photo edit, saya prefer Picart sebab boleh dikatakan ia menyediakan semua yang saya nak. 

Kalau tak ada apa yang kau orang mahukan just combine picture kau orang dengan app lain yang menyediakan kemudahan yang macam mana kau orang nak.

Sebenarnya kau orang hanya perlu jadi kreatif dengan lebih banyak explore apa sahaja yang ada di google store atau app store untuk tools bisnes kau orang.

Akan datang saya akan kongsikan lagi applikasi menarik yang kau orang juga boleh cuba.


You Might Also Like

0 comments