Kebaikkan Susu Ibu Yang Sewajarnya Diberikan Persediaan Seawal Sebelum Melahirkan Bayi

Semasa melahirkan Asyraaf (anak sulung) saya tidak melakukan apa-apa persediaan penyusuan diawal kelahirannya. Agak terkilan sebab usai sahaja saya melahirkannya, Asyraaf tak dapat saya susukan, disebabkan keadaan saya yang amat lemah. Bertarung hampir 11jam sejak dimasukkan ke dalam labour room.
Jadi Asyraaf disusukan oleh pihak hospital dengan susu formula. By right susu awal ibu selepas kelahiran tu sangat-sangatlah diperlukan oleh bayi kita. Sebab kolustrum pertama dalam susu ibu tu bagus untuk imun badan bayi.
Kerana pengalaman ini, saya tak mahu ibu-ibu baru di luar sana mengalami keadaan yang sama, makanya saya kongsikan sedikit ilmu tentang kebaikkan susu ibu, yang ibu-ibu semua perlu buat persediaan seawal yang mungkin untuk bersedia untuk menyusukan bayi sesudah sahaja melahirkan.
Ibu-ibu semua, pertimbangankanlah untuk menyusu bayi dengan susu ibu, kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, kita digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. 

Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Inilah yang saya amalkan sejak mula mengenali lanjut tentang susu ibu & mempraktikkannya sehingga anak ke empat & kini masih lagi menyusukan.

Kebaikan Susu Ibu


Untuk bayi:


💗 Susu ibu ni dah sangat sesuai dengan keperluan bayi & mampu bekalkan nutrien  dalam kadar yang mencukupi yang terbaik untuk bayi kita

💗 Kuantiti dan keperluan bayi juga akan berubah mengikut tumbesaran mereka.

💗  Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi kita

💗  Ia mampu melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

💗  Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

💗  Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang sangat diperlukan untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kebijaksanaan bayi kita

💗  Ia tidak boleh dicemari jika dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

💗  Susu ibu diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Jadi taklah susah nak disediakan.

💗  Bantu keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Bayi kita memang akan rasa tenang bila dapat dengan denyutan jantung kita. 9bulan kot dalam perut kita kan, so sambil menyusu ia ditemani dengan bunyi yang biasa didengarinya. Sweet kan.😊


💗 Semasa menyusukan bayi, kita dapat berinteraksi sepenuhnya dengan bayi kita, bonding timelah ni, sekaligus meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.


Untuk ibu :



💗 Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. 

💗 Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. 

💗 Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. 

💗 Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Kebaikan Lain Penyusuan Susu Ibu :


💗 Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

💗 Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.


Jom tonton saya bebel lagi tentang penyusuan susu ibu 😃

You Might Also Like

0 comments